Sunday 27 February 2011

What shopping mall are you?

I am Mid Valley

result image

A ride to, a walk across, a generous experience awaits you when you arrive at Mid Valley Megamall. Located in the heart of an exciting valley, Kuala Lumpur’s most sensational shopping destination opens its doors to you where we promise the zest of today’s fashion, mouth-watering flavours of culinary galore, indulgence of pampering services alongside the convenience of everyday shopping.

Take the quiz


Created by Hasif(my friend) at Quizilla

Arsenal VS Birmingham:Carling Cup

Wenger and McLeish


24:00/00:00 waktu Malaysia: Arsenal vs Birmingham untuk merebut Piala Carling atau pun dipanggil dengan nama Piala FA.Mampukah Arsenal mendapat trofi selepas 6 tahun menunggu atau Birmingham mengulangi kemenangan hebat 1963 mereka.Kita nantikan...


Arsenal

  • Robin Van Persie
  • Samir Nasri
  • Jack Wilshere
In form Robin Van Persie pastinya akan menjadi ayam tambatan bagi Arsenal dalam mencari gol kemenangan.Manakala,Samir Nasri dan Jack Wilshere akan menjadi pengganti dalam menjalankan tugas kapten Arsenal,Fabregas iaitu merencana bahagian tengah untuk memastikan Arsenal membawa pulang trofi Piala FA atau Carling Cup selepas 6 tahun tanpa trofi.



Birmingham

  • Ben Foster
  • Nikola Zigic
  • Barry Ferguson
Penyerang tinggi lampai Birmingham,Nikola Zigic akan mengucar-gacirkan pertahanan Arsenal yang agak goyah tanpa Vermaelen.Ben Foster,bekas penjaga gol England perlu memastikan golnya tidak dibolosi untuk memastikan pemain-pemain Birmingham terus bersemangat memenangi perlawanan ini.Barry Ferguson dan kawan-kawan pula akan cuba untuk memberi yang terbaik agar Birmingham dapat mengulangi kejayaan 1963.

Karnival Kesenian Islam



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,semua.

Okey,hari ini aku nak cerita tentang aku Karnival Kesenian Islam anjuran Masjid Al-Ubudiah,Ampang dekat dengan rumah aku.Karnival Kesenian Islam ini berlangsung dari 25-27 februari 2011.Semalam, Ceramah perdana dan Konsert kesenian Islam berlangsung yang merupakan kemuncak karnival kesenian Islam tersebut.



Ceramah perdana oleh Ustaz Radzi(bekas band melissa yang popular dengan lagu cinta untuk nabila).Selepas solat isyak pula,Konsert kesenian Islam berlangsung yang menampilkan kumpulan Raihan,Ustaz Radzi dan Amar seorang ahli silap mata dan penyanyi.Konsert tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dan keseluruhannya menghiburkan.



p/s:rindu bila tengok Raihan perform.Ingat dulu kecik2 dengar lagu raihan.

Saturday 26 February 2011

Tertarik dengan wanita Yakult




Di luar, orang ramai sudah berpusu-pusu menuju ke stesen Transit Aliran Panta (MRT) untuk ke tempat kerja masing-masing. Rentak kehidupan di kota termoden di dunia ini menuntut mereka bergerak pantas demi mencari rezeki sesuap nasi.

Dalam kesibukan pagi itu juga, sekumpulan Wanita Yakult bersedia melunaskan tanggungjawab menghantar dan menjual minuman probiotik itu kepada pelanggan di sekitar Shin-torigoe Centre, yang menempatkan kilang Yakult.

Sekitar pukul 8 pagi, pejabat Yakult di situ akan dimasuki sekumpulan pekerja wanita beruniform putih, bertali leher dan sut biru pekat bercorak petak serta skirt atau seluar panjang biru gelap polos.

Di pintu masuk pejabat tersebut, tersusun basikal dan troli kecil yang akan digunakan oleh para pekerja itu untuk menghantar minuman kesihatan.

Sebahagian besar pekerja ini merupakan suri rumah dan mereka perlu mengayuh basikal atau menolak troli sejauh beberapa kilometer untuk menghantar produk terbabit.

Tanpa menghiraukan kehadiran 12 wakil media Malaysia, pekerja-pekerja itu tekun memeriksa senarai dan jenis barangan yang ditempah pelanggan.

Sebelum beredar dengan kenderaan masing-masing ke kawasan yang telah ditetapkan, mereka terlebih dahulu mendengar taklimat dan membaca ikrar yang diketuai oleh seorang pengurus.

Keiko Suzuki, 31, merupakan salah seorang daripada 42,802 Wanita Yakult yang terdapat di seluruh Jepun.

Menurut Keiko, perkara pertama yang difikirkannya ialah memastikan produk tersebut sampai dalam keadaan baik ke tangan pengguna.

Bekas penyejuk

"Minuman ini perlu disimpan di dalam bekas penyejuk pada suhu 10 darjah Celcius supaya kualitinya terjamin," kata Keiko yang melakukan rutin tersebut sejak 11 bulan yang lalu.

Pada hari tersebut, penulis dan seorang lagi wakil akhbar dari Malaysia berpeluang menyaksikan Keiko menyelesaikan kerjanya. Dia sekadar menolak sebuah troli bertayar empat yang penuh dengan produk Yakult.


LEBIH 42,000 orang wanita terlibat dalam khidmat penghantaran dan jualan Yakult di seluruh Jepun.


Sekali pandang, gayanya seperti pramugari menolak troli makanan di celah-celah tempat duduk penumpang di dalam kapal terbang.

Sambil ditemani Pengurus Jualan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. yang turut bertindak sebagai penterjemah, Minoru Osada, kami melewati lorong ke lorong di kawasan kediaman dan pejabat untuk menghantar tempahan pelanggan selain menjualnya kepada orang ramai yang ditemui di sepanjang perjalanan.

Keiko memberitahu, rutinnya bermula seawal pukul 6.30 pagi. Sejurus menghantar anaknya ke pusat asuhan yang disediakan oleh majikannya berhampiran tempat kerja, Keiko bergegas ke pejabat Yakult.

Menceritakan pembabitan sebagai Wanita Yakult, segala-galanya bermula dengan satu kempen pengambilan suri rumah oleh syarikat tersebut. Pada masa itu, wakil syarikat tersebut bergerak dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain bagi memberi penerangan.

Dimarahi pelanggan

Keiko tertarik untuk menyertai syarikat tersebut kerana masa bekerjanya yang singkat iaitu lima jam sahaja sehari dan lima hari seminggu.

"Lazimnya, saya diberi cuti rehat pada hujung minggu. Lagipun selepas melahirkan anak sulung, saya memerlukan lebih banyak masa bersama keluarga," kata Keiko yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat yang menjual pakaian.

Isteri kepada kepada seorang peniaga restoran itu mengakui dia cukup serasi dengan kerjaya tersebut.

Kerjaya baru itu banyak membantunya meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi selain dapat bertemu dengan orang ramai saban hari.

Bahkan katanya, mengedar produk itu juga bukan sesuatu yang sukar kerana jenama Yakult sudah bertapak kukuh di Jepun sejak 76 tahun lalu.

Cuma, ujarnya, faktor cuaca adakalanya mempengaruhi kuantiti tempahan.


KEIKO (kiri) terserempak dengan pengasuh anaknya ketika dia bertugas.


"Apabila ada promosi minuman terbaru dalam pasaran, saya akan berikan pelanggan sampel minuman untuk dicuba.

"Dari situ mereka akan jadi pelanggan saya," kata Keiko yang sudah terbiasa dengan jenama tersebut sejak kecil.

Bagaimanapun, dia bukanlah pengamal tegar minuman kesihatan tersebut. Pada zaman remajanya, dia hanya menikmati minuman tersebut sekali-sekala yang diselang-seli dengan pengambilan yogurt.

Bagaimanapun, masalah sembelit yang dialaminya ketika hamil berjaya mengubah persepsinya terhadap minuman probiotik itu.

Selepas Yakult berjaya membantu menangani sembelit yang dialaminya, Keiko yakin bahawa minuman itu perlu diamalkan secara berterusan.

"Saya akan minum sebotol Yakult setiap pagi," kata Keiko menceritakan amalannya.

Namun, kerjaya sebagai Wanita Yakult juga ada cabarannya. "Saya berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan.

"Adakalanya dimarahi pelanggan tetapi saya menganggapnya sebagai sebahagian daripada asam garam kehidupan," kata Keiko yang peramah dan berwajah manis.

Dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir dan tutur kata yang sopan, Keiko bijak memikat pelanggan.

Namun, meskipun sudah biasa dengan pelanggan tetapnya, Keiko tetap mematuhi etika sebagai seorang jurujual. Dia tidak akan memasuki premis pelanggannya sesuka hati.

"Ohayou gozaimasu, saya Keiko, dari Yakult menghantar minuman puan," begitulah sapaan Keiko sebaik sahaja beliau menekan loceng rumah atau pejabat pelanggan.

Hampir setahun menjadi Wanita Yakult, Keiko ternyata puas dengan kerjayanya itu.

"Saya bangga menjadi wanita Yakult kerana selain dapat memasarkan minuman kesihatan ini, saya juga dapat menyebarkan manfaatnya kepada orang ramai," luah wanita yang berasal dari Taiti-ku, Tokyo itu.

Kaedah penghantaran produk dari rumah ke rumah menerusi sistem Wanita Yakult diwujudkan oleh Kumpulan Yakult sejak tahun 1963.

Ia sebahagian daripada pelan perniagaan Yakult mengikut falsafah Shirota-isme yang diperkenalkan oleh Dr. Shirota.

Shirota merupakan individu pertama di dunia yang berjaya mengkultur bakteria asid laktik yang bermanfaat untuk manusia.

Komisen

Beliaulah yang memperkenalkan Yakult di pasaran seawal tahun 1935 selepas melakukan penyelidikan yang panjang.

Sehingga bulan Oktober 2010, Yakult berjaya merekrut seramai 81,788 orang Wanita Yakult di 15 buah negara.

Di Jepun, terdapat 42,802 Wanita Yakult yang menyumbang kepada jualan sebanyak lima juta botol sehari.


BEKAS penyejuk digunakan untuk memastikan kualiti produk yang dihantar terjamin.


Seorang pelanggan tetap Keiko, Oiwa Tonoko, 38, berkata Yakult yang diperkenalkan oleh Keiko kepada keluarganya tepat pada masanya.

Tonoko yakin pada khasiat minuman itu selepas anaknya yang mengalami cirit-birit pulih setelah minum Yakult.

Jika sebelum ini dia akan ke pasar raya untuk membeli produk tersebut, dengan adanya perkhidmatan penghantaran terus ke rumah, Tonoko tidak lagi perlu bersusah-payah pergi ke pasar raya.

"Khidmat penghantaran ini memudahkan saya yang sibuk bekerja selain memastikan stok Yakult sentiasa ada di rumah.

"Lagipun tiada caj tambahan dikenakan," kata Tonoko yang menggalakkan keluarganya minum minuman tersebut sejak lima bulan lalu.

Hampir dua jam bersama Keiko, kami meninggalkannya meneruskan tugas tanpa gangguan. Terbukti kerjaya sebagai Wanita Yakult memberi satu persepsi berbeza.

Yakult bukan sekadar mempromosikan produk minuman kesihatan, bahkan ia juga melatih ramai suri rumah untuk berdikari dan yakin diri tanpa perlu mengorbankan masa berkualiti bersama keluarga.

"Wanita Yakult akan diberi latihan pemasaran dan teknik melayan pelanggan kira-kira dua minggu sebelum mereka melakukan khidmat penghantaran ini," kata Presiden Jualan Cawangan Sentral Tokyo, Hideo Mase.

Secara purata, Wanita Yakult menerima komisen sebanyak 110, 000 yen (RM4,400) sebulan bergantung kepada pesanan dan jumlah jualan mereka.

Lebih istimewa, kata Mase, Yakult melatih dan memberi ruang pekerjaan kepada wanita yang berumur antara 21 hingga 75 tahun.

-KOSMO

Friday 25 February 2011

Article about Hujan


Google

Hari ini aku nak share satu artikel oleh Mohd Jayzuan tentang Hujan punya newest album.




ARTIKEL ini bukan ulasan album kerana saya memang tak pandai mahu mengulas album, filem mahupun perkara-perkara lain. Ini adalah artikel yang ditulis oleh seorang Lonely Soldier Boy yang menghargai bakat sebuah kumpulan rock ‘ roll bernama Hujan.

Ketika saya menulis artikel ini, telinga saya disumbat dengan earphone, dan lagu-lagu daripada album ketiga kugiran alternatif rock berpengaruh ini sedang berkumandang. Album yang berjudul ‘Lonely Soldier Boy’ tersebut mengandungi 14 buah lagu yang mempunyai aura membara.

Membara seperti api yang marak menyala-nyala setiap kali dibakar. Begitulah metaforanya untuk album terbaru mereka ini. Itulah yang dapat dirasakan setiap kali apabila saya memutarkan album ini, segala-galanya yang berhubung rapat dengan fizikal dan mental akan marak membara. Bersemarak hangat.

Saya mempunyai kesemua demo, E.P dan album-album Hujan. Jadi, adillah untuk saya katakan, dalam album ketiga ini mereka telah menuju ke satu lagi tahap yang memberangsangkan, lebih tinggi. Mungkin album ini tak seperti terbitan-terbitan mereka yang lepas, kerana album ini saya kira lebih bersih daripada segi produksinya, tetapi dalam masa yang sama tak menghilangkan karektor Hujan.

Itulah kelebihan mereka, menghasilkan sebuah produk yang berkualiti tanpa menghilangkan karektor rock n’ roll itu sendiri. Kita masih dapat rasakan attitude serta karektor mereka yang tak pernah hilang dalam album ini.

Album ini juga membuktikan yang Hujan adalah antara kugiran tempatan yang prolifik dalam mengeluarkan album. Baru saja rasanya kita dihidangkan dengan album ‘Mencari Konklusi’ dan sedar tak sedar, muncul pula album ketiga.

Saya tak terkejut, jika tahun depan mereka menerbitkan sebuah lagi album kerana saya yakin mereka mampu dan sebahagian daripada diri saya juga yakin serta syak yang mereka ini sebenarnya mempunyai kuasa seperti Power Rangers. Manakan tidak, kuasa apakah yang mereka pakai hingga prolifik begini?

Album ‘Lonely Soldier Boy’ juga menunjukkan yang Hujan berjaya dan mampu memberikan kelainan dalam setiap album yang mereka keluarkan.

‘Lonely Soldier Boy’ dimulakan dengan lagu ‘Inspektor Remos’ yang meluru menderu-deru laju terus masuk dan melekat di dalam otak, disambung pula dengan ‘Kita Tak Peduli’, lagu yang ditulis oleh Noh untuk kumpulan penyokong mereka yang dipanggil, ‘Raingers’. Lagu tersebut saya percaya akan menjadi tema bagi Raingers untuk tahun-tahun mendatang.

Sepanjang saya mengikuti Hujan, selain bijak membikin lagu-lagu yang akan membuatkan adrenalin manusia tak senang duduk, mereka jugak cerdik apabila mencipta lagu-lagu jiwang. Ini dibuktikan dalam album ketiga ini dengan lagu-lagu seperti ‘Bahgia’, ‘Bagaikan Matahari’, ‘Kotak Hati’, ‘Aku Yang Asing’ dan ‘Di Kala Bulan Bermain Biola’.

Lagu-lagu ini membuatkan saya mempunyai perasaan ingin mendail nombor telefon mana-mana makwe dalam buku telefon saya dan berkata, “Jom kita pergi makan pizza, nak?” dan seterusnya disambung dengan kelakuan-kelakuan bodoh yang lain. Ya, cinta dan lagu-lagu cinta boleh buatkan saya berkelakuan ganjil atau err... bodoh. Dalam kes ini, saya akan salahkan Hujan jika status Twitter saya dipenuhi ayat-ayat jiwang berat berkarat.

‘Lonely Soldier Boy’ adalah lagu keenam dalam album ini. Bagi yang mengikuti Hujan semenjak daripada awal lagi, pasti akan tahu tentang lagu ini yang biasa dimainkan di awal kemunculan mereka dulu.

Lagu ini sekaligus mengimbas semula zaman di mana Hujan ketika itu masih sedang bersusah-payah berjuang untuk menaikkan muzik mereka. Pastinya, Raingers di era tersebut mempunyai memori yang tersendiri apabila mendengar ‘Lonely Soldier Boy’ yang diberikan nafas baru.

‘Muda’ adalah sebuah lagu catchy, sebuah lagi lagu lama yang telah diberikan nafas baru. Lagu ini telah dijadikan lagu tema oleh BSN (Bank Simpanan Nasional) dan sebuah video klip rasmi telah dilancarkan bersempena melantik Hujan menjadi duta BSN.

Lagu-lagu lain seperti ‘Kasihan’, ‘Walaupun Jauh’, ‘Jangan Kejutkan Dia’, ‘Hampir’ dan ‘Sentiasa Ada’ masing-masing mempunyai kekuatannya yang mampu melarutkan kita dalam dunia yang diciptakan Hujan.

Contohnya dalam lagu, ‘Hampir’, tatkala lirik ini dinyanyikan; “Hilang hampir ditelan asmara, hilang percayaku pada semua.” Lirik ini dinyanyikan dengan nada yang paling melankolia saya kira, maka, saya yang memang hopeless romantic ini, terkulai layu di situ. Tak guna betul budak-budak Hujan ini, saja nak bikin saya parah.

Cakera padat album ketiga Hujan ini masih lagi berputar buat entah kali keberapa ketika saya menulis artikel ini. Tak jemu-jemu rasanya. Saya tak tipu, serius, mak saya marah kalau tipu.

Mulai esok, setiap kali apabila saya berjumpa budak-budak Hujan ini, saya akan cuba culik mereka, kemudian saya akan paksa mereka bagi ilmu, tips atau skill bagaimana mahu bikin lagu-lagu yang ada magis. Jaga-jaga Hujan.

Apapun, sumpah, saya bahagia mendengar album ini.

“Bahgia... oh bahgia... oh bahgia...”

MOHD JAYZUAN adalah penulis buku ‘28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ (boleh didapati di Kinokuniya, MPH, Popular dan Silverfish) dan ‘Nota-Nota Gila’. Juga seorang singer-songwriter dan teraju utama kugiran indie rock; Free Love. Ikuti beliau di Twitter; www.twitter.com/mohdjayzuan.

Copy and paste from mStar Online for sharing purpose..

Thursday 24 February 2011

5 Tahun 5 bulan:Another Hlovate Novel

Another fantastic novel from my favourite 'story teller'Hlovate.
Baru je habis baca novel ni.*thumb up*
Memang best seperti novel2 yang aku baca sebelum ni.
Bagi aku,Novel Hlovate punya style of writing yang unik,tak pernah lagi novel yang aku baca gaya tulisan dia macam Hlovate..
So far,dah baca 4 novel hlovate and counting.
Another thanks for the remarkable novel :)


p/s:addicted to Hlovate

Wednesday 23 February 2011

My 100 follower is.....


Drum roll please....
And my very lucky 100 follower is unidentified.
Aku punya follower yg ke 100 malu2 pulak.
dia follow anonymously...
Tpi bila aku tgk kat chatbox,ada orang yg tinggal jejak dan seperti dia dah follow blog ni.
So,aku rasa dia la kot my blog 100 follower-Sipencari
Alhamdulillah.


p/s:thanks to all my follower for follow my blog.


Tuesday 22 February 2011

Quotes For A Day


But I've him,yes.No matter what.Come Hell or High Water
Allah is enough for me :)
-Hlovate-

Monday 21 February 2011

Futsal@One Utama


Hye...
Aku nak buat entry personal hari ni.
Khamis lepas aku travel pergi One Utama,Damansara..Jauh tu dari Ampang..
Aku travel dengan fazreen..Kitaorang ada kelas dekat PTPL ampang hari tu smpi pukul 1..Ingat smpi pukul 2 tapi rupanya kitaorang yang salah jadual(datang lambat tapi habis cepat).
Lepas tu naik bas pergi LRT dato keramat.dari LRT dato keramat pergi kelana jaya...Finally naik bas untuk pergi One Utama(punya la jauh)...Sebelum main futsal sempat makan A&W dulu before tunggu kwn2 kumpul..

Kitaorang main futsal kat Padang rooftop one utama
Dah lama dah tak main,memang penat gila main futsal.sampai nak habis main boleh pulak kejang kaki..lama pulak tu..tu la padah tak bersenam asyik menghadap komputer je.
Lepas tu kitaorang pun pergi la round sikit2 kat one utama(dengan muka kepenatan).
Selepas maghrib ingat nak balik tpi bnyk la pulak masalah nak naik bas..Akhirnya,makanan dulu kat KFC...lepas tu naik teksi pergi kelana jaya dan sampai rumah nak dekat pukul 11..

Sunday 20 February 2011

Saturday 19 February 2011

Justin Bieber Mati Ditembak!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber menemui ajal apabila dia ditembak mati di dadanya dalam siri televisyen penyiasatan popular, CSI, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Baby dan berusia 16 tahun itu muncul menerusi episod terbaru CSI, Target of Obsession.

Selebriti berusia 16 tahun itu memegang watak remaja bermasalah bernama Jason McCann untuk kali kedua selepas dia mula melibatkan diri dalam siri televisyen itu pada September 2010.

"Saya bukan orang yang jahat. Justeru, saya rasa kelakar apabila dikehendaki membawakan karakter seperti ini," katanya.

Bintang muda itu menerima penghargaan Pencapaian Cemerlang Artis Antarabangsa dalam anugerah muzik popular Britain, Brit di London baru-baru ini. - Agensi,KOSMO

Friday 18 February 2011

Gambar Sekolah Menengah Sains Alam Shah(Sekolah SBT)

Saya sebagai bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah,Kuala Lumpur ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak pentadbir,guru-guru,pelajar dan bekas pelajar kerana telah merealisasikan impian ASiS untuk menjadi sekolah berprestasi tinggi.

ASiSKL

ASiSKL

ASiSKL

ASiSKL

I am Patriot09/10

23 Buah Sekolah Lagi Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi

LIMBANG, 17 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang merupakan salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.

Katanya sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan;

Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;

Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata tahun lepas 20 sekolah diumum sebagai SBT.

Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

Menurutnya sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Katanya sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri.

-- BERNAMA


Klik the link for more info..

Sekolah Menengah Sains Alam Shah

ASIS-Place For A Leader

Wednesday 16 February 2011

Suatu Perkongsian

Sharing is good
Sharing is great
Sharing is caring
Sharing is awesome
Sharing is wonderful


Hai..Hai..Hai..Hari ini aku nak kongsi tentang musik..


Kenal tak band pesawat?Ala yang popular dengan lagu mirage tu.Lama dah tak jenguk industri indie.rindu pun ada.Dulu masa form 3 layan indie je.




Ok.Aku nak kongsi lagi satu lagu.Lagu dari Yui bertajuk Your Heaven.Yui ni aku baru je kenal dia.First aku dengar dia punya lagu terus cair..hehe.
Memang best.





Your Heaven Lyrics

Long time ago
I saw in a picture
in a town continuing with red roofs
la la la la
I felt that i'm meeting you

It is maybe
rather than a coincidence
it is a scarier faith
the laughing
sky's color, what happened to it?
even if it's the first time
it's strange
I'm missing it

Your Voice
i've been listening

if you pass through the hot night
one time you will know
yah, singing

that is why I
was believing

la la la la

la la la ...

Each of one is true
even the sight in front of me
i won't forget
I admired

beyond the smile
why?
you feel crying
I was always waiting

the miracle i got from a far place
in a town continuing with red roofs
near the sea
overflowed with children's dreams
It was shining

My voice, turn into a wind
i don't need words anymore
la la la la
You start to hear it

by remembering your song

I can pass through a lonely night
same as now

i won't forget
i'm happy, i came

la la la la
la la la...

Um
good bye
thank you for power of love
your heaven
Translation credit

Nur Kasih The Movie Trailer


Trailer Filem Nur Kasih
Sebuah Filem Kabir Bhatia
Di Pawagan 19 Mei 2011


Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.

Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

“Pengorbanan dan beban yang dipikul oleh Aidil sebenarnya belum berakhir dalam filem ini.

“Kepetahan anak-anaknya juga akan membuatkan penonton lebih mudah mengalirkan air mata,” kata Fizz sewaktu menjalani penggambaran filem itu di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Khamis.

Sementara itu, Remy menambah: “Cerita yang dipaparkan dalam filem ini mempunyai persamaan dan dekat dengan diri kita. Ianya penuh dengan kisah yang meruntun jiwa dan pernah dilalui oleh kita.”

Seperti yang dimaklumkan, para pelakon terpaksa merahsiakan jalan cerita filem itu agar ia lebih suspen. Yang pasti, filem ini akan menjadi lebih menarik hasil karya pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafa selaku penulis skrip.(Sumber: mStar)

Kenali Arcade Fire


Siapa Arcade Fire ni?Arcade Fire ni band rock yang dianggotai oleh Win Butler, Régine Chassagne, Will Butler, Richard Reed Parry, Tim Kingsbury, Jeremy Gara, dan Sarah Neufeld.

Band Arcade Fire ni la yang buat gempak masa Anugerah Grammy atau Grammy Awards dengan menang Album of the Year.Arcade Fire juga menang besar kat Brit Awards dengan menang best international group category dan best international album untuk album “The Suburbs.”

Layan...

Demam Berblog


Addicted to blogging!
Macam mana la boleh jadi macam ni..
Demam berblog pulak dah..

First symptom:Melekat kat komputer

Minggu ni aku asyik melekat je kat komputer dari masa aku shake a leg(bangun pagi) sampai la aku say goodnight(tidur).Aktiviti aku asyik blogwalking je.promote blog aku dan dunia yang masih mentah ni.

Second symptom:Susah nak tidur

Second symptom ni memang aku seksa.Masa aku nak tidur mesti ada idea untuk entry baru masuk.Walaupun perkara tu bagus tapi masa idea tu keluar je yang kurang nak suka.Masa kat depan komputer tak ada idea pulak.Stress2.Sampai ambik masa 20minit nak lena.

Another symptom
  • Open nuffnang to often
  • Visit sitemeter to see blog stats



Mungkin aku serious sangat kot dengan blog aku sbb tu jdi macam ni.Tapi bila fikir balik,bila lagi nak rasa macam ni.Masa banyak masa terluang ni la boleh fokus kat Blog tersayang ni.
Anyway,Blogging is best!
-Haz

Tuesday 15 February 2011

Anwar Hadi Minat Hujan

AnwarHadi newest video!


I meet up with the awesome people of Hujan band at their merchandise store, Morning Rocket. They give me a hoodie. They show me around Kamar Seni. I board a plane and arrive in Sydney.

Thanks also to Boy (my younger brother) for being my cameraman at Morning Rocket and Kamar Seni. Thanks to Azlan for those few words.

All songs taken from Hujan's Lonely Soldier Boy.
1. Inspektor Remos
2. Bagaikan Matahari
3. Kasihan

-From IniAnwarHadi(youtube profile) Photo Credit

Monday 14 February 2011

Amy Search dan OM Burger,Ampang Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,semua.
Hari ini aku nak share tentang burger.Siapa suka burger?(Angkat tangan).
Aku nak cerita sikit tentang OM burger.Abang aku yang bagi tahu tntg OM burger ni.OM burger sebenarnya kedai burger biasa je,ala yang macam biasa kita lihat.Specialnya,OM burger ni dia punya burger la.hehe.

'OM BURGER use quality ingredients to make delicious burger in town'

OM Burger terletak kat Jalan Kerja Air Lama,Ampang depan 7 Eleven.
Aku try burger daging special,memang sedap sampai menjilat pembalut burger.
Tapi memang penat la nak menunggu(abang aku yang tunggu),sampai lebih setengah jam(sempat aku dgn ayah aku makan roti nan dua keping).

Masa aku nak balik,abang aku bagi thu aku yang dia jmpa Amy Search.Dia cakap Amy Search pun tgh menunggu nak beli OM Burger.Popularnya OM Burger ni sampai artis pun makan OM Burger.
Pakat ramai2 Serbu OM Burger!

p/s:nak thu lebih lanjut blh la tnya pakcik google,k.


Bonus Picture:Jus Tembikai Besar Baik Punya

Sunday 13 February 2011

Tinggal Jejak Tanpa Shoutbox

Macam mana nak promote blog dan tinggalkan jejak tanpa shoutbox?
Sebabnya shoutbox ada beberapa blogger yang tak berapa nak minat.Dorang kata bnyk spam dan promote link dah lain dah dari tujuan asal shoutbox itu sendiri(aku pun tak tahu tujuan shoutbox ni..hehe).So,pendapat aku alternativenya ialah hantar komen.Komen bagi aku cara yang terbaik nak tinggal jejak dan promote blog.Sekarang dunia dah maju,so ada la beberapa site yang pada pendapat aku mesti di register untuk mudahkan anda untuk aktif mengomen.


1)Blogger
Ini untuk comment kat blog blogspot.
2)IntenseDebate-comment system enhances and encourages conversation on your blog or website.Berdasarkan perhatian aku,intensedebate ni bnyk org guna sbgi medium utk komen.

3)Gravatar-
A Globally Recognized Avatar
Gravatar ini penting kalau korang nak gambar ada kat tmpt yang korang komen tu.Nmpk cantik sikit.Lagi satu,gravatar ni popular so klu korang nak comment kat site international berguna la gravatar ni.

4)CommentLuv
Ini aku punya fav.Commentluv selalunya ada sekali dgn intensedebate.Commentluv ni akan paparkan korang punya latest post tpi kena register dlu la.
Selamat mengomen :)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Friday 11 February 2011

Sayang Duit atau Sayang Pahala

Assalamualaikum,readers.

Hari ini saya nak menulis entry tentang masa depan kita nanti masa akhirat.
Semalam saya dengar kuliah maghrib dari seorang ustaz kat surau tmpt saya tinggal.
Tajuk kuliah tentang kesan kalau tidak bayar hutang atau tidak ada orang yang membayarkan hutang kita.
Ustaz kata,nabi pernah berkata yang kalau kita ada hutang orang dan kita tidak melangsaikan hutang terebut,kita akan ditahan di hari pembalasan nanti.
Maksudnya,contoh kalau kita dah nak smpi kat syurga dah ni,tetapi kita ditahan dari memasuki syurga.Salah satu sebab ialah kita tidak membayar hutang kita semasa didunia.Oleh itu,kita nak ke kalau kena tahan masa kat akhirat kelak.Lebih baik kita sayang pahala kita dari sayang duit yang tidak boleh dibawak mati pun.


Selepas kita ditahan,orang yang kita hutang akan mengambil pahala kita sebagai ganti hutang yang kita tak bayar atau sekiranya kita tidak ada pahala yang masih tinggal kita akan mendapat dosa dari orang yang kita hutang.
Oleh itu,
  • jauhkan diri anda dari berhutang dengan orang.
  • sekiranya sudah berhutang sila langsaikan dengan segera.
  • berniat didalam hati untuk membayar sekiranya tidak mampu.
  • Berbincang dengan orang yang kita hutang agar mengurangkan duit yang perlu dibayar atau berbaik hati menghapuskan terus hutang kita..

Kesimpulannya,kita perlulah mengelakkan diri dari berhutang kerana berhutang boleh memakan diri kita sendiri.
Sayang Duit atau Sayang Pahala.Anda pilih...
Sekian, :)
Terima kasih kerana membaca..
Assalamualaikum.

Thursday 10 February 2011

Mesut Ozil is a Muslim


Mesut Ozil is a Muslim.He is Turkish-German
Biodata:
Full name:Mesut Özil
Date of birth :15 October 1988 (1988-10-15) (age 22)
Playing position :Attacking midfielder
Current club:Real Madrid
Number:23
Current National Team:Germany


He recites Qur'an verses before all his matches to help him focus. Talking to the Berlin-based daily Der Tagesspiegel, Özil said, "I always do that before I go out (on the pitch). I pray and my team-mates know that they cannot talk to me during this brief period."

Wednesday 9 February 2011

Naikkan Trafik Blog Anda Dengan Ping Site


Ping telah menjadi salah satu cara yang berkesan dalam menaikkan trafik blog atau site anda.Ping dapat menaikkan trafik blog anda kerana ping seperti memberitahu site tersebut yang anda telah mengupdate blog anda.Trafik anda akan naik kerana terdapat banyak blogger yang suka mencari blog2 baru untuk tujuan blogwalking di ping site.Ping jugak seperti anda mempromosikan blog anda kepada orang lain.Oleh itu,join la site2 tersebut unutk meningkatkan trafik blog anda.
Selamat mencuba :)


Ping site yang popular:-
Gengblogger.com-Komuniti Blogger Anda



Blogged.my-Malaysia's Blogging Community



Project Petaling Street-The Face of the Malaysian Blogosphere


Innit by Nuffnang

Pemandangan Malam


Pemandangan Malam, originally uploaded by wme6242.

Pemandangan malam di De Palma Hotel,Kuala Selangor

Tuesday 8 February 2011

French style stairs


Old style stairs, originally uploaded by wme6242.

Stairs at Colmar Tropicale,Pahang.

Monday 7 February 2011

Ladybird


Ladybird, originally uploaded by wme6242.

Ladybird capture when visiting Taman Alam,Kuala Selangor.
Camera:D3100
Edit using photoshop CS4.

Tuhan?kenali Nya..



Gods? by bushwhack with Malay Subs

A Series that will explore and hopefully dismantle and dispel all of the atheist's views or beliefs, including the so called scientific facts! This will be approached very carefully, and will cover the scientific, logical, philosophical and mathematical arguments of proving God's existence beyond doubt. Credits to Bushwack.Its have until part 7.
Watch all 7 part.

Sunday 6 February 2011

TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Thursday 3 February 2011

Hanya Sebuah Lorong


Hanya Sebuah Lorong, originally uploaded by wme6242.

A picture is worth a thousand words.

any comment and suggestion?

Gary Neville Announces Retirement[tribute video]



Manchester United defender Gary Alexander Neville has become the first of the 'Fergie Fledglings' to end his career after announcing his immediate retirement from professional football at the age of 35.

Neville, who has made only three Premier League starts this season due to fitness problems and a lack of form, made 602 appearances for United and represented England on 85 occasions.

Hailed as "the best English right back of his generation" by Sir Alex Ferguson, Neville was a member of the famous side that won the FA Youth Cup in 1992, and along with fellow academy graduates Ryan Giggs and Paul Scholes dedicated his entire career to his manager at Old Trafford.

"I have been a Manchester United fan all my life and fulfilled every dream I've ever had," Neville told the club's official website. "Obviously I am disappointed that my playing days are at an end, however it comes to us all, and it's knowing when that time is and for me that time is now.

"There are so many people I want to thank and, of course, top of that list is Sir Alex. He has given me so many opportunities and countless support over the last 20 years - he is truly one of the greatest managers - and I have to thank him for that."

Gary Neville Awards:-
* PFA Team of the Year: 1997, 1998, 1999, 2005, 2007
* Overall Team of the Decade – Premier League 10 Seasons Awards (1992/3 – 2001/2)

Thus far, Gary Neville has won eight Premier League titles, three FA Cups, two European Cups, an Intercontinental Cup, a FIFA Club World Cup, and one League Cup

On 2 February 2011, Neville announced his retirement from football after almost 20 years playing at Manchester United.Neville's final professional appearance was against West Bromwich Albion on New Year's Day 2011, a 2–1 victory at The Hawthorns

Gary Neville tribute 1991-2011



Credit: ESPN soccernet

Wednesday 2 February 2011

Nuffnang Malaysia-Advertising paling popular




Advertising/Ads/iklan sangat berkait rapat dengan blogger.

Nuffnang menyiarkan iklan untuk 150,000 blog dan dilihat 8 juta orang setiap hari,banyakkan.

Nuffnang sangat popular dan boleh dikatakan mengalahkan advertising2 yang lain.

Oleh itu,Aku pun letak la Ads Nuffnang kat blog aku.

Aku harap aku dapat mula buat duit melalui blog aku walaupun sikit.(aku nak tgk blh ke x).
Nuffnang jangan kau hampakan daku.
Malaysia Boleh!Blog Aku Dan Dunia PUN BOLEH!hehe

Tuesday 1 February 2011

Live Mesir Condition-Al Jazeera live(live stream)



http://english.aljazeera.net/watch_now/

Breaking and newest Egypt Condition and Million Man March live stream
Keadaan mesir sekarang dan terkini live dari al jazeera news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...