Wednesday, 31 December 2008

Selamat Tahun Baru

Analisis PMR 2008

Seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus daripada 472,060 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat daripada 5.65 peratus pada tahun lalu dan 4.83 peratus pada 2006.

“PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan dalam semua mata pelajaran kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi dengan Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu 3.6 peratus,” kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar semakin mengecil terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 peratus berbanding 2.1 peratus di bandar manakala GPMP mata pelajaran Sains ialah 0.3 peratus pelajar luar bandar dan -0.3 peratus pelajar di bandar. - Bernama

Tuesday, 30 December 2008

8A

Aku dapat 8A dalam PMR..
YAHOOOOOOOOO!!!...

Aku ingin mengucapkan terima kasih kpd Allah swt,keluarga aku,rakn2 yang bnyk memberi sokongan,guru yang mengajar aku dan pada semua yang aku x sempat nak sebut...
Tahniah juga la buat kwn2 aku dapat keputusan yang cemerlang...


USAHA TANGGA KEJAYAAN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...