Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Thursday, 20 December 2012

Ranking FIFA, Malaysia meningkat

Beberapa kemenangan Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2012 melonjakkan Malaysia 5 anak tangga dari kedudukan lepas. Malaysia yang menduduki tangga ke-163 naik menghuni tangga ke-158. Ia merupakan satu perkembangan positif selepas Harimau Malaya mengalami penurunan ranking dalam bulan-bulan yang terdahulu.

Malaysia menduduki tempat ke-2 peringkat kumpulan dengan 2 kemenangan mengalahkan Laos dan Indonesia walaupun kalah kepada Singapura pada perlawanan pertama. Malaysia mengharungi separuh akhir Piala AFF dengan seri 1-1 ditempat sendiri bertemu Thailand sebelum berkunjung ke Thailand yang berakhir dengan kekalahan 2-0.

MALAYSIA Supporter
Sokongan buat Malaysia

Bagaimanapun, Malaysia kekal ditangga keenam di peringkat negara-negara Asia Tenggara di belakang Vietnam (131), Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156). 




 Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121219/su_13/Malaysia-naik-lima-anak-tangga-ranking-FIFA#ixzz2FYvi9aBs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 20 November 2012

Piala AFF Suzuki 2012

AFF Suzuki Cup 2012 merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh ASEAN Football Federation (AFF). Pada edisi untuk tahun 2012 ini, Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan kali ini. 8 pasukan dari negara-negara asia tenggara akan bertanding bermula dari 24 November 2012 sehingga 22 Disember 2012.

AFF Suzuki Cup 2012


Kumpulan 1

Thailand
Vietnam
Filipina
Myanmar

Kumpulan 2

Malaysia
Indonesia
Singapura
Laos

Jadual perlawanan boleh dilihat di laman sesawang rasmi AFF Suzuki Cup 2012
 
Malaysia akan bermula dengan bertemu Singapura pada 25 November 2012. Selepas itu, pada 28 November Harimau Malaya berlawan dengan laos. Malaysia dan Indonesia akan beraksi pada 1 Disember yang akan menjadi perlawanan terakhir buat kumpulan 2.

Malaysia vs Singapura
25-11-12
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
8:45 PM

Malaysia vs Laos
28-11-12
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
 8:45 PM

Malaysia vs Indonesia
1-12-12
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
8:45 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...