Showing posts with label SPM 2010. Show all posts
Showing posts with label SPM 2010. Show all posts

Thursday, 7 April 2011

Siapakah Pelajar Terbaik Kebangsaan SPM 2010 ?

 Assalamualaikum,

Sudah 2 minggu keputusan SPM 2010 diumumkan.Saya ingin benar mengetahui siapakah pelajar bertuah yang mendapat Pelajar Terbaik Kebangsaan SPM 2010 tetapi kecewa kerana berdasarkan kepada cari saya,tidak terdapat secara spesifik nama pelajar yang mendapat gelaran Pelajar Terbaik Kebangsaan SPM 2010.

Lembaga Peperiksaan Malaysia lebih selesa menberi gelaran Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 kepada 41 orang pelajar cemerlang. Daripada 41 pelajar cemerlang yang diraikan hari ini, 30 memperoleh pencapaian tertinggi dengan gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki, manakala tujuh orang murid cemerlang mewakili pelajar istimewa dan empat orang murid cemerlang mewakili pelajar-pelajar aktif dalam sukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...