Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, 23 February 2015

Dari Harry Potter ke Tariq Ramadan

Umur 11 tahun, waktu darjah lima
Zaman mula belajar baca novel. Sebelum tu, baca buku cerita nipis hanya sekadar penuhkan buku nilam. Gigih nak sampaikan 3 buku nilam nak capai pingat gangsa.
Ingat lagi, buku siri ke-3 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban jadi buku HP pertama. Harry Potter, hero waktu kecik. Dari situ, tercetusnya minat membaca. Lepas dari itu ialah sejarah.

Dari Harry Potter, minat membaca berjangkit ke novel cerita Islamik dari Indonesia. Ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih. Minat pada karya pak Habiburrahman El Shirazy. Berpeluang juga membaca beberapa novel seperti Laskar Pelangi dan Negeri 5 Menara. 

Menjangkau sekolah menengah, novel tempatan pula mengambil tempat. Antaranya ialah novel Dear Yayah. Mungkin ramai yang tak tahu pasal novel ni tapi ia adalah one of my personal favorites. Setakat ni dah berkembang jadi beberapa siri siap ada novel grafik sendiri.

Masuk tingkatan 4, mula kenal Hlovate. Penulis misteri yang dikagumi atas hasil kerja yang unik dan mesej Islamik yang jelas. Waktu berangan mahu mengembara dan belajar luar negara. Dari aA+bB, Versus, Anthem hingga Contengan Jalanan semua sudah dibaca.

Di matrikulasi, banyak baca buku genre travelog dari Ustaz Hasrizal dan beberapa buku lain. Mengutip kisah-kisah tauladan dan inspirasi.

2015,
Dari Harry Potter ke Tariq Ramadan. Semua genre buku dibaca. Dari novel, politik, agama mahupun motivasi. Mengenal perkara baru dan kisah-kisah menarik dari setiap buku yang dibaca. Minat yang dipupuk dari kecil.


Mulakan langkah membaca anda. Biarpun dengan sebuah komik, anda hakikatnya sedang membaca.

"Baca Buku, Baca Dunia" 

#‎Read4Malaysia‬

Wednesday, 28 January 2015

[Ulasan Buku] Menalar Makna Diri, Kembara Menjejak Imam Birgivi

Menalar Makna Diri, Kembara Menjejak Imam Birgivi

Sebuah buku travelog tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang menceritakan tentang pelbagai peristiwa dalam mencari dan menjejak kembali tempat-tempat yang pernah diduduki oleh Imam Birgivi. Buku ini turut mencatatkan beberapa perkara tentang sejarah Daulah Uthmaniyyah.

Selain itu, Ustaz Hasrizal dalam buku ini membicarakan tentang beliau yang sudah tidak yakin dan berasa seperti bermain selama 18 tahun menjadi pakar motivasi dan selebriti dalam berdakwah. Beliau mahu kembali belajar dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang lebih signifikan kepada ummah yang akan datang yakni kembali menjadi seorang penuntut ilmu dengan mengkaji dan membetulkan fakta-fakta sejarah tentang Daulah Uthmaniyyah. Fakta sejarah yang betul ialah fakta yang diambil dari sumber asal. Kisah tentang potret Sultan Selim yang diragui ketulenannya dan catatan tentang institusi Harem yang menyeleweng dari realiti sebenar adalah antara perkara yang berpunca dari imaginasi pelukis atau pengarang yang bukan berdasarkan sumber yang berautoriti.






Ustaz turut memberi beberapa nasihat yang disampaikan oleh Imam Birgivi antaranya jangan berceramah dengan nada marah dan banyak lagi. Buku ini juga memaparkan Ukhuwah yang dibina bersama rakan-rakan dari pelbagai latar belakang dan warga Malaysia di Turki. Pengembaraan beliau di Turki dipenuhi dengan iktibar bukan sekadar penuh dengan gambar kenangan dan melihat keajaiban fizikal sahaja.

Akhir kalam, satu soalan untuk kalian,

Adakah apa yang terhidang di kaca tv, tazkirah dhuha dan sebagainya ialah apa yang yang masyarakat mahu tapi bukan apa yang mereka perlu?

Moga kita terus istiqomah mencari ilmu dan tidak hanya tunggu disuap sahaja. Teruskan membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...