Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Saturday, 14 February 2015

Kata-kata Prof Tariq Ramadan tentang Solat

Dalam satu syarahan Prof Tariq Ramadan tentang solat.

Kadang-kadang kita terfikir kenapa kita muslim solat sampai 5 kali sehari sedangkan agama lain ada yang sekali sehari atau hanya pada hari-hari tertentu sahaja.

Namun, prof kata itu bukan soalan yang tepat. Soalan yang sepatutnya kenapa bukan lebih dari lima. Kerana beliau nyatakan solat itu supaya kita ingat pada Allah dan ia menjadi pelindung dari berbuat dosa. Kalau kita lihat diri kita insan yang pelupa, diantara maghrib dan isyak yang singkat itu pun kita mampu berbuat perkara yang dimurkai Allah. 

Sungguh manusia itu pelupa dan imannya berubah-ubah. Perbanyakkan berbuat baik moga itu terus menjadi teras dan bekalan di akhirat.

Tuesday, 27 January 2015

Prof Tariq Ramadan Datang ke Malaysia 30 & 31 Januari , & 1 Februari 2015

Assalamualaikum,

Prof Tariq Ramadan bakal hadir ke Malaysia 30 dan 31 Januari dan 1 Febuari ini. Buat yang tak berapa mengenali beliau, beliau ialah cucu kepada Hassan Al-Banna founder of Ikhwan Muslimin. Sekarang beliau mengajar di Oxford University. Beliau lahir di Switzerland dan giat menyampai dan memberi penerangan tentang ajaran Islam di serata dunia serta bagaimana masyarakat Islam dapat menjadi lebih baik.

Prof Tariq Ramadan merupakan seorang yang disegani oleh masyarakat islam dunia. Berikut ialah tarikh, tempat dan link untuk anda yang berminat untuk hadir dan berjumpa dengan beliau.

30 Januari 2015

Topic: “Understanding Reform from an Islamic Perspective”
Venue: International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia
Time: 9:30 am - 12:00 noon
Free admission.

http://www.iais.org.my/e/index.php/events-sp-1744003054/upcoming-events/514-public-lecture-on-understanding-reform-from-an-islamic-perspective-by-prof-tariq-ramadan.html



Topic: “The Real Meaning of Jihad”
Venue: RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION COMPLEX ,University Malaya
Time: 8:00pm - 10:00pm
Fee: RM 50

 http://www.lightuponlight.net/


 31 Januari 2015


Topic: Large in Numbers, Foams in the sea
Venue: International Islamic University Malaysia
Time: 8:00pm - 11:00pm
Fee: RM 30 

http://www.lightuponlight.net/



1 Februari 2015

Topic: the Quranic concept of jihad and how do we rise above its misinterpretation
Venue: Flamingo Hotel
Time: Contact them for more info as the talk is part of International Youth Gathering 2015
Fee: RM 100 and above.

International Youth Gathering





 Moga hajat untuk berjumpa dan menuntut ilmu dengan Prof Tariq Ramadan tercapai. Selamat berjaya semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...