Showing posts with label ASiS. Show all posts
Showing posts with label ASiS. Show all posts

Saturday, 11 June 2011

3 Penerima Utama Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2011

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bersama Arman,Arjunan dan Tan.


3 Penerima Utama Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2011 ialah Arman Shukri Hamidon, Arjunan a/l Selvamani dan Tan Heang-Lee.

Arman, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur itu bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di Amerika Syarikat, manakala Arjun pula berminat mendalami ilmu perubatan.

Heang-Lee yang menduduki Program Ijazah Asas Amerika di Taylor’s College pula berminat melanjutkan pengajian dalam bidang nutrisi dan dietetics.

Ketiga-tiga mereka mendapat 10 A+ dalam SPM 2010. Anugerah yang diberikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2010 itu memberi kebebasan kepada penerima meneruskan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing di mana-mana universiti utama dunia.

Bank Negara tidak mengenakan sebarang syarat kepada penerima dan mereka hanya dikehendaki pulang semula ke Malaysia dan berkhidmat dengan negara.

Gambar dari Fb

Tahniah kepada Arman Shukri kerana mengharumkan ASiS

Monday, 6 June 2011

Kenangan Duduk Ramai Satu Bilik Kembali Lagi.

Assalamualaikum.

Ini saya nak cerita sikit pasal tempat tinggal @ mahallah kat CFS,IIUM Nilai.Mahallah kat nilai ni lain sikit sebab tempat tinggal dan tempat belajar kat rumah-rumah kedai yang sudah diubahsuai,ada aircon ok(tmpt belajar je la).Satu bilik boleh muat dalam 15-16 orang lebih kurang la.Dalam bilik ada locker masing2.lepas tu setiap bilik ada bilik belajar dan tandas sendiri untuk anggota bilik masing2.

Yang pasal kenangan tu sebab dulu sekolah kat ASiS pun duduk dalam 18 orang macam tu dalam bilik cuba kat CFS,IIUM ni double decker,kat ASiS single bed.Yang bagusnya duduk ramai dalam satu bilik ialah lebih rapat kira macam ukhuwah tu lebih erat gitu.Kenangan lama bakal berulang.

InsyaAllah menjurus kepada kebaikan,:)

CFS,NILAI,IIUM

Saturday, 16 April 2011

ASiS di Mata Malaysia

     


Ini berita lama dah.Saya postkan entri ini pun hanya sekadar koleksi saya sahaja.Sekolah Menengah Sains Alam Shah masuk TV1 kerana mengekalkan sekolah no 1 wilayah persekutuan Kuala Lumpur untuk 6 tahun berturut-turut.

Wednesday, 23 March 2011

Keputusan SM Sains Alam Shah Dan Analisis SPM 2010

ASiSKL-01-Landmark
SM Sains Alam Shah,ASiS mendapat keputusan SPM 2010 yang cemerlang apabila masih mengekalkan kedudukan no 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Kedudukan sekolah-sekolah seluruh Malaysia masih belum diumumkan.

Seramai 6 orang pelajar ASiS batch Patriots yang merupakan batch ke-7 Sains Alam Shah mendapat 10A+ manakala 90+ orang pelajar mendapat 10A.Gred Purata Nasional (GPN)Asis pula ialan 1.312.


congrats to all OASIS0910..!
Alhamdulillah.

Update:ASiS mendapat no 6 dalam ranking SBP!



Turut dilampirkan ialah Analisis SPM 2010 Malaysia

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini Rabu.
Beliau berkata seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

"Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun," katanya.

Katanya bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula katanya, menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.
Abd Ghafar berkata pencapaian calon sekolah swasta dan calon sekolah tajaan agensi selain kementerian, seramai 40 calon berjaya memperoleh gred cemerlang semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada 2009.

Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Mengenai pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, 39 lagi stabil dan sembilan menurun.

Bagi gred kepujian (B+,B,C+,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus.

Abd Ghafar berkata bagi kategori gagal (G) enam mata pelajaran menunjukkan penurunan, 93 stabil dan empat meningkat.

Mengenai pencapaian sekolah pula, sebahagian besar sekolah dirumuskan berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan, hanya sebilangan kecil iaitu 66 sekolah memperoleh pencapaian berpotensi.

Beliau berkata pencapaian calon mengikut lokasi turut meningkat dan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sebanyak 0.18 Gred Purata Nasional (GPN).

"Pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains adalah lebih baik daripada pencapaian di bandar sementara jurang prestasi dalam Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral masih perlu dipertingkatkan," katanya.

-- BERNAMA


Nota:SM Sains Alam Shah masuk tv1..Wah,dah popular.Style la.

Friday, 18 February 2011

Gambar Sekolah Menengah Sains Alam Shah(Sekolah SBT)

Saya sebagai bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah,Kuala Lumpur ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak pentadbir,guru-guru,pelajar dan bekas pelajar kerana telah merealisasikan impian ASiS untuk menjadi sekolah berprestasi tinggi.

ASiSKL

ASiSKL

ASiSKL

ASiSKL

I am Patriot09/10

23 Buah Sekolah Lagi Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi

LIMBANG, 17 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang merupakan salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.

Katanya sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan;

Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;

Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata tahun lepas 20 sekolah diumum sebagai SBT.

Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

Menurutnya sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Katanya sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri.

-- BERNAMA


Klik the link for more info..

Sekolah Menengah Sains Alam Shah

ASIS-Place For A Leader

Tuesday, 18 January 2011

ASIS-Place For A Leader

ASiSKL-01-Landmark
Simply The Best.

SM SAINS ALAM SHAH,CHERAS,KUALA LUMPUR,MALAYSIA

Sekolah yang mempunyai misi dan visi yang sangat hebat dan penuh cita-cita berserta harapan.Sekolah yang bakal mencorak minda pelajar untuk menghadapi cabaran mencapai kejayaan terbaik untuk diri masing2.Sekolah melahirkan bakal pemimpin yang akan menakluk dunia menjadi seseorang yang berguna dan berjaya dunia&akhirat.Insyaallah.

"Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia"

Tunjang Kekuatan
ASiSKL
Pengetua:Mohd Idrus b Abdul Hamid

Penolong Kanan Akademik:Razmi bin Abdul Razak
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar:Ahmad Shafrin bin Abdul Aziz(GPK 1 SBPI Gombak)Diganti oleh Ustaz Khiruddin Awang
Penolong Kanan Kokurikulum:Rijaludin bin Che Mat

Kepada bakal teknokrat ASIS:Semoga berjaya.De School is best.trust me :)

ASiSKL
My favourite teacher.

Sunday, 25 January 2009

Sekolah Menengah Sains Alam Shah

The former Sekolah Alam Shah occupied the site for 41 years before it moved to Putrajaya. A new school was formed on the old site and is called SM Sains Alam Shah. Students of Sains Alam Shah or better known as ASiS achieved brilliant results for 2005 and 2006 SPM Examinations. In 2005, it was placed fourth amongst boarding schools(called SBPs) while it was placed third in 2006 and 2007. The school can cater to approximately 600 students, who are form 4 (16 years old) and form 5 (17 years old) students. The current Head Boy is Nor Azhar B. Baharom. the current batch in this present year of 2008 is known as REFORMASIV has ranked as the best batch ever to sat the SBP trials in the whole ASiS with the GP of 2.78. It has shown a promising year for ASiS this year and the whole batch of form five 2007/2008 is hoping to make another record by ranking number one in the SPM SBP ranks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...