Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Friday, 2 November 2012

Always stay focus in class.If not?

Stay alert in class and don't mess with the teacher.
Plus, don't sit in front..hehe
See the video.

Saturday, 11 June 2011

3 Penerima Utama Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2011

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bersama Arman,Arjunan dan Tan.


3 Penerima Utama Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2011 ialah Arman Shukri Hamidon, Arjunan a/l Selvamani dan Tan Heang-Lee.

Arman, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur itu bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di Amerika Syarikat, manakala Arjun pula berminat mendalami ilmu perubatan.

Heang-Lee yang menduduki Program Ijazah Asas Amerika di Taylor’s College pula berminat melanjutkan pengajian dalam bidang nutrisi dan dietetics.

Ketiga-tiga mereka mendapat 10 A+ dalam SPM 2010. Anugerah yang diberikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2010 itu memberi kebebasan kepada penerima meneruskan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing di mana-mana universiti utama dunia.

Bank Negara tidak mengenakan sebarang syarat kepada penerima dan mereka hanya dikehendaki pulang semula ke Malaysia dan berkhidmat dengan negara.

Gambar dari Fb

Tahniah kepada Arman Shukri kerana mengharumkan ASiS

Thursday, 19 May 2011

ASiS Masuk Berita Harian (Pendidikan)

ASiS kutip dana RM110,000 Oleh Mohd Fakhrurrazi Ahmad Usuldin
upen@bharian.com.my
2011/05/19

 

Izzat Iskandar Thani


MAJLIS makan malam amal dan anugerah cemerlang Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Kuala Lumpur berjaya mengutip RM110,000.

Majlis dihadiri hampir 1,200 tetamu adalah bekas pelajar ASiS, ibu bapa, guru serta pelajar menjadi tradisi sekolah itu sejak dibuka pada 2003.
Penolong Kanan ASiS, Mohd Razmi Abdul Razak, berkata hasil kutipan itu digunakan bagi meningkatkan perkhidmatan dan kebajikan pelajar supaya mereka terus mencipta kejayaan.
“Anugerah kecemerlangan ini juga platform pelajar mencontohi usaha gigih enam pelajar yang memperoleh 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu sekali gus meletakkan ASiS di tangga keempat sekolah terbaik SPM kebangsaan tahun ini,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang ASiS, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Razmi yang memangku jawatan Timbalan Pengetua sejak Mac lalu berkata, ASiS turut mengekalkan tempat pertama sekolah cemerlang SPM enam tahun berturut-turut sejak 2005.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran, Ashaah Samah dan Yang Dipertua Persatuan (YDP) Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Leftenan Kolonel Mohd Suhaimi Sahri.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, turut hadir dan menyerahkan sumbangan RM16,000 kepada sekolah.
Pada majlis itu Syed Ali memperuntukkan RM10,000 untuk anugerah cemerlang SPM 2010, RM5,000 kelab guru ASiS dan RM1,000 kepada Panitia Sejarah ASiS.

Thursday, 10 March 2011

Post yang ke-200!


Alhamdulillah,bersyukur pada Allah.

From Friday 17 October 2008 until now thursday 10 March 2011,sudah lebih 2 tahun 4 bulan dah blog ni wujud.Mula dari pertengahan tingkatan 3 yang pada dasarnya hanya suka-suka buat blog ni sampai sekarang lebih serius menulis blog kerana kebosanan menganggur sambil menunggu keputusan SPM yang bakal mendatang.

Mula-mula aku berblogging lepas habis PMR sebab banyak masa terluang.Masa tu blogging saja-saja je,hanya untuk berkongsi apa-apa pun.Lepas tu,masuk tingkatan 4 dapat masuk SBP yang bermaksud aku duduk asrama.Bila dah duduk asrama,blog ni pun berhapuk la selama lebih kurang 2 tahun.Habis SPM,aku pun terfikir nak aktif balik blogging.

Bagi aku Blog Aku Dan Dunia ni dah melalui perubahan yang ketara lepas aku terfikir nak aktif semula.Masa tu la aku dapat tahu tentang maksud ping,ping site seperti gengblogger, nuffnang(boleh wat duit),SEO(walaupun tak pandai),blogwalking,apesal.com,shoutbox dan komuniti blogger kat facebook yang telah menyebabkan blog aku mempunyai widget yang banyak disidebar.

Walaubagaimanapun,pada pendapat aku blog aku ni bergerak ke arah yang positif. Alhamdulillah.Blog Aku Dan Dunia yang tidak seberapa ni sudah mencapai post yang ke 200.Oleh itu,aku nak buat list Blog Aku Dan Dunia TOP 5 POST bersempena post yang ke 200 ni.

BLOG AKU DAN DUNIA TOP 5 POST


1)Mokhtar Dahari-Lagenda Malaysia

2)Selamat Hari Raya Aidiladha

3)Sekolah Menengah Sains Alam Shah

4)Cantik Dapur

5)Dajjal-The King of the World Conspiracy





Selain itu,Blog Aku Dan Dunia turut mendapat follower yang ke 150.Tahniah kepada miss zymah


Penutupnya,aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua follower,visitor dan kawan-kawan yang telah banyak memberi semangat agar aku dapat terus blogging.Aku juga ingin meminta maaf sekiranya terdapat silap dan salah yang telah menguris hati sesiapa,harap dimaafkan.




Akhir kata,Yang Terbaik Untuk Blog Aku Dan Dunia!
-Haz

Tuesday, 18 January 2011

ASIS-Place For A Leader

ASiSKL-01-Landmark
Simply The Best.

SM SAINS ALAM SHAH,CHERAS,KUALA LUMPUR,MALAYSIA

Sekolah yang mempunyai misi dan visi yang sangat hebat dan penuh cita-cita berserta harapan.Sekolah yang bakal mencorak minda pelajar untuk menghadapi cabaran mencapai kejayaan terbaik untuk diri masing2.Sekolah melahirkan bakal pemimpin yang akan menakluk dunia menjadi seseorang yang berguna dan berjaya dunia&akhirat.Insyaallah.

"Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia"

Tunjang Kekuatan
ASiSKL
Pengetua:Mohd Idrus b Abdul Hamid

Penolong Kanan Akademik:Razmi bin Abdul Razak
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar:Ahmad Shafrin bin Abdul Aziz(GPK 1 SBPI Gombak)Diganti oleh Ustaz Khiruddin Awang
Penolong Kanan Kokurikulum:Rijaludin bin Che Mat

Kepada bakal teknokrat ASIS:Semoga berjaya.De School is best.trust me :)

ASiSKL
My favourite teacher.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...