Showing posts with label kugiran. Show all posts
Showing posts with label kugiran. Show all posts

Tuesday, 30 October 2012

KAEDLive 2012, IIUM

Promo

Intro
KAEDLive! is an event for showcase and to promote artworks of student from Kulliyah of Architecture & Enviromental Design (KAED), International Islamic University Malaysia (IIUM) to the public.

Mission
1) To PROMOTE Islamic Art and Design to the public.
2) To PROVIDE a platform for amateur and professional artists for them to express and experiment with their ideas.
3) To SHOWCASE and PROMOTE KAED's student works in various field, arts, design, photography, and as well as entrepreneurship.


One of the main event for KAEDLive 2012 is a charity concert of Palestine and Rohingya. Hujan, Monoloque ,Bittersweet are just a few band that going to perform in this charity event.

KAEDLive 2012
Saturday
3 November 2012
Cultural Activity Centre (CAC), International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak

For more info : KAEDLiveIIUM

Sunday, 24 June 2012

Hujan - Sang Enemy

HUJAN pada 21 Jun 2012 telah melancarkan album ke-4 mereka bertajuk Sang Enemy. Album yang diterbitkan oleh Morning Rocket ini mempunyai himpunan lagu sebanyak 7 lagu manakala satu lagu bonus disertakan sekali sebagai pemanis rasa. Lagu-lagu yang terhimpun di dalam album Sang Enemy ini sedikit berlainan dari segi melody yakni Hujan memainkan rentak yang lebih keras dan laju.

  1. Janji Kita
  2. Rumah Kita
  3. Mana Mungkin
  4. Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
  5. DBS
  6. Ke Selatan
  7. Kembara
  8. LSB (Bonus)

Akhir kata,album yang terbaik dan dinantikan oleh peminat Hujan,Raingers.



Album & Sticker

Sang Enemy



 p/s: 7 lagu rasa sikit sngt la...hehe

Sunday, 12 June 2011

Hujan-Muda Clip Video For TV9 Malaysia



Music Video
Artiste : Hujan
Song : Muda
Director: Adi Yadoni
Producer : Wahyu Rahman
Editor : Yane
Post- Production : Meta4 Films
Produced by Kaki5 Films for TV9 Malaysia

Credit

Tuesday, 24 May 2011

Bittersweet - 1234 Official Music Video



Details :-
The official music video for the new single 1234 from Bittersweet's latest album, Empire's Transition.

Filmed in Damansara Jaya over one long 18 hour day.
Camera: Canon 5D Mark II
Lenses: 24-105 f4L, 16-35 f2.8L, 70-200 f2.8L

Director: Alet Arzuan Anuar
DOP: Aaron Tan
Produced, Edited and Animated by: Spaceboy Studios

Special Thanks To: Hendra Wardi, Yu Ming, May Lin, Zher Peen, Mamat, Shimy, Azmir Laikar, James Ly

Tuesday, 12 April 2011

Inspektor Remos - Official Music Video

Hujan just release their Official Music Video For Inspektor Remos
Video premiere @MTVASIA


Hujan
Tags: <a href="http://www.mtvasia.com">MTV Asia</a>
Video Klip Rasmi Inspektor Remos - Hujan

Lirik Inspektor Remos:

Sunday, 10 April 2011

Hujan-Bahgia

Lirik Bahgia-Hujan

Wah lirik nya penuh bulan
bintang mentari lengkap
Tapi kecundang akhirnya
kerna terlalu mengharap
Kasihnya tak diperlukan
berjuta rangkap puisi yg ditulis
Khas buat kekasih hati nya

Ku hanya mahu nikmati dengan mu .. BAHGIA
Kau mungkinkah kau bermimpi punyai bidadari
yg bisa bawakan kau terus ke alam seakan syurga
Ku hanya mahu nikmati dengan mu .. BAHGIA





 

"lonely soldier bot" PEPATUNxHUJAN


Bahgia-Hujan From Album Lonely Soldier Boy

Tuesday, 29 March 2011

Terserempak Dengan Noh Hujan

Assalamualaikum,semua.
Ok,hari aku nak cerita  pasal aku  jumpa Noh Hujan kat One Utama.
Aku terserempak dengan dia masa kat surau OU.Noh dengan Ayish pergi jalan-jalan kat OU cari baju untuk konsert mentor.Akhirnya,sampai jugak hajat nak jumpa Noh Hujan sebab aku memang minat dengan Hujan.

Aku&Noh


Entry berkaitan:-

 

Wednesday, 23 March 2011

Arctic Monkeys News|Album Come Out Soon|New Music Video

Arctic Monkeys fourth album Suck It and See will be released on 6 June 2011.The band worked with producer James Ford on this album and promise a more "vintage" style.The music video for "Brick by Brick" was released shortly before the album details were revealed on March 10.The album was recorded in Sound City Studios in Los Angeles in 2010 and 2011



Actic Monkeys-Brick by Brick

Saturday, 12 March 2011

'Beady Eye' After Oasis Split


Oasis is gone but come Beady Eye

Beady Eye was formed by the other three core members of the 1999-2009 incarnation of Oasis, namely singer Liam Gallagher, guitarist Gem Archer, and bassist Andy Bell who switched back to guitar in Beady Eye, together with live drummer Chris Sharrock, who became a full time member of the new groupJe.ff Wootton and Matt Jones will perform live bass and keyboard duties.

Released Singles:-
  1. Bring The Light
  2. Four Letter Word
  3. The Roller


Debut Album Different Gear, Still Speeding released on 28 February 2011.


"I feel I'm in the best band that is on this planet, right here today,"
-Liam Gallagher

Enjoy,Beady Eye-The Roller

Thursday, 3 March 2011

Tshirt Hujan-Lonely Soldier Boy

posing entah apa-apa



Status:Aku sangat gembira :)
Finally,dapat jugak beli Tshirt Hujan(my favourite band)
Walaupun lambat sikit dapat tshirt ni tapi berbaloi rasanya.
bagi aku tshirt lonely soldier boy ni memang smart and style.
Hujan ada jugak jual hoodie dan jacket.
Abang aku sambar hoodie hujan(ala yang Anwarhadi pakai tu)
Memang family hujan la family aku..
Akhir kata,Support Hujan!


Siapa2 nak tengok2 Tshirt hujan boleh la klik link di bawah
Morning Rocket

Friday, 25 February 2011

Article about Hujan


Google

Hari ini aku nak share satu artikel oleh Mohd Jayzuan tentang Hujan punya newest album.




ARTIKEL ini bukan ulasan album kerana saya memang tak pandai mahu mengulas album, filem mahupun perkara-perkara lain. Ini adalah artikel yang ditulis oleh seorang Lonely Soldier Boy yang menghargai bakat sebuah kumpulan rock ‘ roll bernama Hujan.

Ketika saya menulis artikel ini, telinga saya disumbat dengan earphone, dan lagu-lagu daripada album ketiga kugiran alternatif rock berpengaruh ini sedang berkumandang. Album yang berjudul ‘Lonely Soldier Boy’ tersebut mengandungi 14 buah lagu yang mempunyai aura membara.

Membara seperti api yang marak menyala-nyala setiap kali dibakar. Begitulah metaforanya untuk album terbaru mereka ini. Itulah yang dapat dirasakan setiap kali apabila saya memutarkan album ini, segala-galanya yang berhubung rapat dengan fizikal dan mental akan marak membara. Bersemarak hangat.

Saya mempunyai kesemua demo, E.P dan album-album Hujan. Jadi, adillah untuk saya katakan, dalam album ketiga ini mereka telah menuju ke satu lagi tahap yang memberangsangkan, lebih tinggi. Mungkin album ini tak seperti terbitan-terbitan mereka yang lepas, kerana album ini saya kira lebih bersih daripada segi produksinya, tetapi dalam masa yang sama tak menghilangkan karektor Hujan.

Itulah kelebihan mereka, menghasilkan sebuah produk yang berkualiti tanpa menghilangkan karektor rock n’ roll itu sendiri. Kita masih dapat rasakan attitude serta karektor mereka yang tak pernah hilang dalam album ini.

Album ini juga membuktikan yang Hujan adalah antara kugiran tempatan yang prolifik dalam mengeluarkan album. Baru saja rasanya kita dihidangkan dengan album ‘Mencari Konklusi’ dan sedar tak sedar, muncul pula album ketiga.

Saya tak terkejut, jika tahun depan mereka menerbitkan sebuah lagi album kerana saya yakin mereka mampu dan sebahagian daripada diri saya juga yakin serta syak yang mereka ini sebenarnya mempunyai kuasa seperti Power Rangers. Manakan tidak, kuasa apakah yang mereka pakai hingga prolifik begini?

Album ‘Lonely Soldier Boy’ juga menunjukkan yang Hujan berjaya dan mampu memberikan kelainan dalam setiap album yang mereka keluarkan.

‘Lonely Soldier Boy’ dimulakan dengan lagu ‘Inspektor Remos’ yang meluru menderu-deru laju terus masuk dan melekat di dalam otak, disambung pula dengan ‘Kita Tak Peduli’, lagu yang ditulis oleh Noh untuk kumpulan penyokong mereka yang dipanggil, ‘Raingers’. Lagu tersebut saya percaya akan menjadi tema bagi Raingers untuk tahun-tahun mendatang.

Sepanjang saya mengikuti Hujan, selain bijak membikin lagu-lagu yang akan membuatkan adrenalin manusia tak senang duduk, mereka jugak cerdik apabila mencipta lagu-lagu jiwang. Ini dibuktikan dalam album ketiga ini dengan lagu-lagu seperti ‘Bahgia’, ‘Bagaikan Matahari’, ‘Kotak Hati’, ‘Aku Yang Asing’ dan ‘Di Kala Bulan Bermain Biola’.

Lagu-lagu ini membuatkan saya mempunyai perasaan ingin mendail nombor telefon mana-mana makwe dalam buku telefon saya dan berkata, “Jom kita pergi makan pizza, nak?” dan seterusnya disambung dengan kelakuan-kelakuan bodoh yang lain. Ya, cinta dan lagu-lagu cinta boleh buatkan saya berkelakuan ganjil atau err... bodoh. Dalam kes ini, saya akan salahkan Hujan jika status Twitter saya dipenuhi ayat-ayat jiwang berat berkarat.

‘Lonely Soldier Boy’ adalah lagu keenam dalam album ini. Bagi yang mengikuti Hujan semenjak daripada awal lagi, pasti akan tahu tentang lagu ini yang biasa dimainkan di awal kemunculan mereka dulu.

Lagu ini sekaligus mengimbas semula zaman di mana Hujan ketika itu masih sedang bersusah-payah berjuang untuk menaikkan muzik mereka. Pastinya, Raingers di era tersebut mempunyai memori yang tersendiri apabila mendengar ‘Lonely Soldier Boy’ yang diberikan nafas baru.

‘Muda’ adalah sebuah lagu catchy, sebuah lagi lagu lama yang telah diberikan nafas baru. Lagu ini telah dijadikan lagu tema oleh BSN (Bank Simpanan Nasional) dan sebuah video klip rasmi telah dilancarkan bersempena melantik Hujan menjadi duta BSN.

Lagu-lagu lain seperti ‘Kasihan’, ‘Walaupun Jauh’, ‘Jangan Kejutkan Dia’, ‘Hampir’ dan ‘Sentiasa Ada’ masing-masing mempunyai kekuatannya yang mampu melarutkan kita dalam dunia yang diciptakan Hujan.

Contohnya dalam lagu, ‘Hampir’, tatkala lirik ini dinyanyikan; “Hilang hampir ditelan asmara, hilang percayaku pada semua.” Lirik ini dinyanyikan dengan nada yang paling melankolia saya kira, maka, saya yang memang hopeless romantic ini, terkulai layu di situ. Tak guna betul budak-budak Hujan ini, saja nak bikin saya parah.

Cakera padat album ketiga Hujan ini masih lagi berputar buat entah kali keberapa ketika saya menulis artikel ini. Tak jemu-jemu rasanya. Saya tak tipu, serius, mak saya marah kalau tipu.

Mulai esok, setiap kali apabila saya berjumpa budak-budak Hujan ini, saya akan cuba culik mereka, kemudian saya akan paksa mereka bagi ilmu, tips atau skill bagaimana mahu bikin lagu-lagu yang ada magis. Jaga-jaga Hujan.

Apapun, sumpah, saya bahagia mendengar album ini.

“Bahgia... oh bahgia... oh bahgia...”

MOHD JAYZUAN adalah penulis buku ‘28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ (boleh didapati di Kinokuniya, MPH, Popular dan Silverfish) dan ‘Nota-Nota Gila’. Juga seorang singer-songwriter dan teraju utama kugiran indie rock; Free Love. Ikuti beliau di Twitter; www.twitter.com/mohdjayzuan.

Copy and paste from mStar Online for sharing purpose..

Wednesday, 16 February 2011

Suatu Perkongsian

Sharing is good
Sharing is great
Sharing is caring
Sharing is awesome
Sharing is wonderful


Hai..Hai..Hai..Hari ini aku nak kongsi tentang musik..


Kenal tak band pesawat?Ala yang popular dengan lagu mirage tu.Lama dah tak jenguk industri indie.rindu pun ada.Dulu masa form 3 layan indie je.




Ok.Aku nak kongsi lagi satu lagu.Lagu dari Yui bertajuk Your Heaven.Yui ni aku baru je kenal dia.First aku dengar dia punya lagu terus cair..hehe.
Memang best.





Your Heaven Lyrics

Long time ago
I saw in a picture
in a town continuing with red roofs
la la la la
I felt that i'm meeting you

It is maybe
rather than a coincidence
it is a scarier faith
the laughing
sky's color, what happened to it?
even if it's the first time
it's strange
I'm missing it

Your Voice
i've been listening

if you pass through the hot night
one time you will know
yah, singing

that is why I
was believing

la la la la

la la la ...

Each of one is true
even the sight in front of me
i won't forget
I admired

beyond the smile
why?
you feel crying
I was always waiting

the miracle i got from a far place
in a town continuing with red roofs
near the sea
overflowed with children's dreams
It was shining

My voice, turn into a wind
i don't need words anymore
la la la la
You start to hear it

by remembering your song

I can pass through a lonely night
same as now

i won't forget
i'm happy, i came

la la la la
la la la...

Um
good bye
thank you for power of love
your heaven
Translation credit

Friday, 16 October 2009

Album Hujan 3 Daripada 3


Alhamdulillah,akhirnye aku dah smua album hujan..
tiga2 aku ada..
peminat fanatik la kiranya..
haha..
smua lagu best mesti la belikan?
Hujan Rockz..
Alwayz Raingers.


Monday, 9 February 2009

Post untuk kamu semua!

Post ni aku tujukan kepada semua rakan2 aku,guru2,family dan semua yang mengenali.

aku sebenar ye sedih nak tinggalkan korang semua.
aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang bnyk bantu aku.
Ada bnyk lagi yang aku nak kata tapi x sempat rasanya.
aku ucapkan terima kasih banyaks semua.
hayati la lagu ni k.
LOVE U ALL!

Fall Out Boy- Thanks For The Memories

Thursday, 29 January 2009

Bunkface New Single-Revolusi


Bunkface-Revolusi

Sunday, 21 December 2008

Hujan Video Clip

*****


*****

Monday, 20 October 2008

Musim HUJAN

Photobucket

This special showcase at Planet Hollywood in Bukit Bintang, KL will not only feature Malaysian indie rockers Hujan but also guest artists Coco and Free Love. Be sure to check out this gig on 25 October. Entrance fee is RM25 and includes one drink.

For more info, contact 603-2144 6602 or visit Hujan's MySpace.

semua umur BOLEH MASUK!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...