Showing posts with label HazPhotograph. Show all posts
Showing posts with label HazPhotograph. Show all posts

Saturday, 8 September 2012

Pembunuhan ke-100

Assalamualaikum, 

Saya akan menceritakan tentang satu kisah seorang pembunuh bersiri yang berlaku pada zaman dahulu kala. Pemuda ini merupakan seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang. Pada suatu hari,dia telah berasa bersalah atas kesalahannya membunuh begitu ramai orang lalu dia pun berjumpa dengan seorang ahli ibadat. Dia bertanya, mampunkah diriku ini diampunkan oleh Allah atas kesalahanku sekiranya aku bertaubat?. Ahli ibadat itu pun berkata, dirimu tidak akan dimaafkan. Pemuda tersebut tidak berpuashati atas jawapan ahli ibadat tersebut lalu melakukan pembunuhan ke-100. 

Selepas itu, Pemuda tersebut berjumpa pula dengan seorang pakar agama atau dipanggil ulama. Dia bertanya soalan yang sama tetapi mendapat jawapan yang berbeza dari ulama ini. Ulama itu berkata, pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat hambanya yang ingin benar-benar bertaubat. Ulama itu berkata lagi, untuk mencari keredhaan dan mengenal Allah anda perlu pergi jauh dari kawasan anda sekarang kerana kawasan yang anda duduki sekarang tidak bagus persekitarannya, berhijrahlah kamu ke tempat yang baru dan mulakan hidup anda yang baru. Lalu pemuda tersebut pun memulakan penghijrahannya ke tempat baru. 

Semasa dalam perjalanan hijrahnya, pemuda tersebut telah meninggal dunia. Malaikat bertanya kepada Allah sama ada pemuda ini masuk neraka atau syurga. Allah pun berkata, kamu bandingkan jarak antara tempat yang dituju dengan tempat pemuda itu mati dan tempat tinggal pemuda itu dengan tempat pemuda itu mati. Sekiranya dia dekat dengan tempat yang dituju maka syurga buatnya dan sekiranya dia dekat dengan tempat yang terdahulu dia penghuni neraka. Maka apabila dibandingkan jarak kedua-duanya, pemuda itu pun masuk syurga. 



Light of the sun


Pengajaran:- 
  •  Bertaubat dan cuba berubah ke arah kebaikan sementara nyawa masih dikandung badan 
  •  Taubat nasuha menghapuskan dosa-dosa terdahulu. Sesungguhnya pintu taubat Allah terbuka luas.
  •  Jangan sia-siakan kehidupan anda. Hadis Nabi: Tanamlah biji kurma walaupun esok kiamat.[Setiap saat itu berharga.]
  •  Persekitaran memainkan peranan penting. Cari dan pilihlah sahabat akrab anda. Moga sama-sama menuju ke jalan Allah. 

Cerita ini saya dapat dari usrah yang saya hadiri. Semoga dapat mengambil iktibar dari cerita ini.

Tuesday, 3 May 2011

Monday, 2 May 2011

Hlovate Special Bookmark

 Hlovate Special Bookmark
Thanx to Hlovate for the special Bookmark for 1000 people that buy Contengan Jalanan :)

Love for OTHER PEOPLE
What you love for YOURSELF
Hadith: Al Tirmidzi-BROTHERHOODARTS

Sunday, 27 March 2011

Friday, 25 March 2011

Hits Blog Cecah Lima Angka

Alhamdulillah,Blog Aku Dan Dunia akhirnya mencatat satu lagi sejarah apabila total pageviews Blog ini mencecah 5 angka.Yea!.Saya bersyukur sangat-sangat.Terima kasih kepada semua yang membaca Blog Aku Dan Dunia.Walaupun pageview 5 angka agak sedikit bagi dunia blog tetapi bagi saya besar maknanya.Saya harap Blog ini terus mendapat sambutan dan dikunjungi..InsyaAllah.

Sunday, 20 March 2011

Night Glow | 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,Readers.

Semalam,Saya pergi Putrajaya bersempena 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011.Saya pergi malam sebab nak tengok 'Night Glow'-persembahan menggunakan Hot Air Balloon,Light and Music.Really Beautiful.

Enjoy The Picture!














A lot of visitor!

Sunday, 13 March 2011

Thursday, 10 March 2011

Post yang ke-200!


Alhamdulillah,bersyukur pada Allah.

From Friday 17 October 2008 until now thursday 10 March 2011,sudah lebih 2 tahun 4 bulan dah blog ni wujud.Mula dari pertengahan tingkatan 3 yang pada dasarnya hanya suka-suka buat blog ni sampai sekarang lebih serius menulis blog kerana kebosanan menganggur sambil menunggu keputusan SPM yang bakal mendatang.

Mula-mula aku berblogging lepas habis PMR sebab banyak masa terluang.Masa tu blogging saja-saja je,hanya untuk berkongsi apa-apa pun.Lepas tu,masuk tingkatan 4 dapat masuk SBP yang bermaksud aku duduk asrama.Bila dah duduk asrama,blog ni pun berhapuk la selama lebih kurang 2 tahun.Habis SPM,aku pun terfikir nak aktif balik blogging.

Bagi aku Blog Aku Dan Dunia ni dah melalui perubahan yang ketara lepas aku terfikir nak aktif semula.Masa tu la aku dapat tahu tentang maksud ping,ping site seperti gengblogger, nuffnang(boleh wat duit),SEO(walaupun tak pandai),blogwalking,apesal.com,shoutbox dan komuniti blogger kat facebook yang telah menyebabkan blog aku mempunyai widget yang banyak disidebar.

Walaubagaimanapun,pada pendapat aku blog aku ni bergerak ke arah yang positif. Alhamdulillah.Blog Aku Dan Dunia yang tidak seberapa ni sudah mencapai post yang ke 200.Oleh itu,aku nak buat list Blog Aku Dan Dunia TOP 5 POST bersempena post yang ke 200 ni.

BLOG AKU DAN DUNIA TOP 5 POST


1)Mokhtar Dahari-Lagenda Malaysia

2)Selamat Hari Raya Aidiladha

3)Sekolah Menengah Sains Alam Shah

4)Cantik Dapur

5)Dajjal-The King of the World Conspiracy





Selain itu,Blog Aku Dan Dunia turut mendapat follower yang ke 150.Tahniah kepada miss zymah


Penutupnya,aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua follower,visitor dan kawan-kawan yang telah banyak memberi semangat agar aku dapat terus blogging.Aku juga ingin meminta maaf sekiranya terdapat silap dan salah yang telah menguris hati sesiapa,harap dimaafkan.




Akhir kata,Yang Terbaik Untuk Blog Aku Dan Dunia!
-Haz

Sunday, 6 March 2011

SpongeBob SquarePants versi Adikku



Lukisan ni adik aku yang lukis untuk pendidikan seni sekolah dia.Kuat betul pengaruh spongebob squarepants ini dalam minda kanak-kanak.

p/s:cantik x lukisan tu?

Monday, 14 February 2011

Amy Search dan OM Burger,Ampang Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,semua.
Hari ini aku nak share tentang burger.Siapa suka burger?(Angkat tangan).
Aku nak cerita sikit tentang OM burger.Abang aku yang bagi tahu tntg OM burger ni.OM burger sebenarnya kedai burger biasa je,ala yang macam biasa kita lihat.Specialnya,OM burger ni dia punya burger la.hehe.

'OM BURGER use quality ingredients to make delicious burger in town'

OM Burger terletak kat Jalan Kerja Air Lama,Ampang depan 7 Eleven.
Aku try burger daging special,memang sedap sampai menjilat pembalut burger.
Tapi memang penat la nak menunggu(abang aku yang tunggu),sampai lebih setengah jam(sempat aku dgn ayah aku makan roti nan dua keping).

Masa aku nak balik,abang aku bagi thu aku yang dia jmpa Amy Search.Dia cakap Amy Search pun tgh menunggu nak beli OM Burger.Popularnya OM Burger ni sampai artis pun makan OM Burger.
Pakat ramai2 Serbu OM Burger!

p/s:nak thu lebih lanjut blh la tnya pakcik google,k.


Bonus Picture:Jus Tembikai Besar Baik Punya

Thursday, 3 February 2011

Hanya Sebuah Lorong


Hanya Sebuah Lorong, originally uploaded by wme6242.

A picture is worth a thousand words.

any comment and suggestion?

Tuesday, 18 January 2011

Hot Chocolate


Hot Chocolate, originally uploaded by wme6242.

Hot Chocolate.
sedap.
mkn kat haven,look out point kat selangor

Monday, 17 January 2011

Girl with balloon


Girl with balloon, originally uploaded by wme6242.

what you opinion?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...