Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Tawakal itu Mencukupkan



Kita sebagai insan
Kita tidak cukup utk hanya bergantung pada diri ini.
Mungkin kita sudah berusaha.
Mungkin kita sudah berlatih berbulan-bulan.
Tapi adakah ia menjamin kejayaan kita?
Tidak.
Tidak.
Dan tidak.
Kita perlu berusaha, berdoa moga dipermudahkan oleh Allah
Dan berTAWAKAL.





Thursday, 24 January 2013

Ya Hanana - Lagu puji pujian buat Rasulullah #MaulidurRasul

Ya Hanana.
Sebuah lagu yang menzahirkan perasaan betapa beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan anugerah Allah yang sangat bernilai.



Qasidah Ya Hanana- Lirik dan Terjemahan terdapat dalam video


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 
1434 Hijrah





Qasidah Ya Hanana beserta Lirik dan Terjemahan 

Sunday, 6 January 2013

Dari Malaysia Ke China : Shenzen Hari 1

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka. Haz nak bercerita tentang percutian Haz ke negara yang mempunyai penduduk teramai di dunia, China. Negara China merupakan negara untuk lebih dari 1.3 billion manusia yang kalau kita kira mewakili 19% penduduk di dunia. Seperti yang kita sedia maklum, rakyat China terbahagi kepada banyak kaum atau suku dan bercakap dengan dialek-dialek yang berlainan untuk setiap kaum, tetapi negara China secara amnya menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa percakapan kebanyakkan rakyatnya. Ok, cukup rasanya pengenalan serba ringkas tentang negara tembok besar China ini.

Alhamdulillah, pada 8 Disember yang lepas dapat juga merasa ke negara luar yang agak jauh dari Malaysia sekitar 4 jam perjalanan bas terbang. Perjalanan bermula awal pagi dari rumah dan sampai di LCCT dalam pukul 3. Sampai-sampai je baru dapat tahu yang flight tunda dari 5 pagi ke 7 pagi.  Jadi rehat dulu kejap ,check-in flight, dan solat subuh. Siap semua, bersedia ke China!

Flying Aeroplane
Beautiful Sky

Langit begitu indah pagi itu, SubhanAllah. Bertambah excited  jadinya dekat dalam kapal terbang. Pekena pulak nasi lemak Pak Naseer ( recommended breakfast) ada rasa, panas dan sedap. Dalam 11 Pagi, selamat tiba di Baiyun Airport, Guangzhou, China. Buat pengetahuan korang, waktu di Guangzhou dan Shenzhen sama dengan Malaysia (sama garisan dengan malaysia). Sampai dekat sana dah tengahari, jadi tidak la terasa sejuk walaupun kata sana suhu dalam 20°C.

Haz dengan keluarga pergi sana guna pakej dari Fayrooz Travel bersama rombongan dalam 24 orang. Jadi pergi pun sebab dapat tawaran bwh RM2000 yang mana memang susah nak dapat dah sekarang ni. Dari Baiyun Airport  naik bas ke Shenzhen makan masa dalam 2 jam. Pemandu pelancong yangk kami dapat orang  tempatan nama dia, Danie. Danie ni peramah, umur dalam 30 lebih dan boleh cakap melayu sikit-sikit, lawak gak dengar dia cakap bahasa melayu. 

Musim Dry Fruit Seller
Muslim Dry fruit Seller

Jam dah nak masuk pukul 3, perut pun dah lapar. Sampai-sampai, terus makan dulu di Shenzhen. Makanan dia memang sedap. Orang China suka makan sayur-sayuran, beberapa pinggan sayur saja. Lagi satu, kalau makan mesti minum dengan teh China tak adanya nak cari air suam ( mungkin tu petua dorang slim kot). Alhamdulillah, meja kami habis licin makanan, lapar tak lapar. Selesai sesi mengenyangkan diri,  check-in hotel. Menginap di Hotel Guangsheng International dekat dengan Louhu sekitar 10 minit berjalan kaki. Diberi masa satu jam untuk solat dan bersiap sebelum sambungan aktiviti pertama di Shenzen, Shopping!.  

Dongmen Pedestrian Street
Dongmen Pedestrian Street


Berehat seketika
Street Photography
Shenzhen berupakan bandar yang semakin membangunkan dengan bertambahnya bangunan-bangunan tinggi dan tempat membeli-belah. Shenzen pada masa dahulu hanya kawasan biasa tetapi mendapat tempias kepesatan Hongkong sekitar 30 tahun yang lepas. Kami dibawa ke Dongman Pedestrian Street, tempat beli belah popular buat penduduk di Shenzen. Ramai sangat orang macam ala-ala Jalan TAR masa cuti sekolah. Sepanjang laluan, kiri kanan bangunan kedai, bertingkat-tingkat gaya mall. Harga kat sana boleh tahan murah dan boleh tawar menawar kalau minat barang tu. Dari kasut, baju, cermin mata dan macam-macam lagi semua ada.

Habis dalam sejam setengah pusing-pusing Dongman (tak berapa nak puas, rasa sekejap sangat). Malam pun dah menjelma, masa untuk makan malam tapi restoran yang lain pula. Masakan kat restoran ni berlainan sedikit dan agak kurang serasi dengan gaya masakan dia. Dalam pukul 9 malam, balik hotel dan rehat kat bilik untuk hari esok. :)


Baiyun Airport

Shenzhen in night

Laser from one of the buidling in Shenzhen
Nasi Lemak

Lunch

Dinner



Me :)
Me :)

Thursday, 20 December 2012

Ranking FIFA, Malaysia meningkat

Beberapa kemenangan Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2012 melonjakkan Malaysia 5 anak tangga dari kedudukan lepas. Malaysia yang menduduki tangga ke-163 naik menghuni tangga ke-158. Ia merupakan satu perkembangan positif selepas Harimau Malaya mengalami penurunan ranking dalam bulan-bulan yang terdahulu.

Malaysia menduduki tempat ke-2 peringkat kumpulan dengan 2 kemenangan mengalahkan Laos dan Indonesia walaupun kalah kepada Singapura pada perlawanan pertama. Malaysia mengharungi separuh akhir Piala AFF dengan seri 1-1 ditempat sendiri bertemu Thailand sebelum berkunjung ke Thailand yang berakhir dengan kekalahan 2-0.

MALAYSIA Supporter
Sokongan buat Malaysia

Bagaimanapun, Malaysia kekal ditangga keenam di peringkat negara-negara Asia Tenggara di belakang Vietnam (131), Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156). 




 Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121219/su_13/Malaysia-naik-lima-anak-tangga-ranking-FIFA#ixzz2FYvi9aBs
© Utusan Melayu (M) Bhd

The Journey Begin

A 5D4N Trip.
Stay tuned for more :)


LCTT

Air Asia

Light source

Sky Horizon

Tuesday, 20 November 2012

Piala AFF Suzuki 2012

AFF Suzuki Cup 2012 merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh ASEAN Football Federation (AFF). Pada edisi untuk tahun 2012 ini, Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan kali ini. 8 pasukan dari negara-negara asia tenggara akan bertanding bermula dari 24 November 2012 sehingga 22 Disember 2012.

AFF Suzuki Cup 2012


Kumpulan 1

Thailand
Vietnam
Filipina
Myanmar

Kumpulan 2

Malaysia
Indonesia
Singapura
Laos

Jadual perlawanan boleh dilihat di laman sesawang rasmi AFF Suzuki Cup 2012
 
Malaysia akan bermula dengan bertemu Singapura pada 25 November 2012. Selepas itu, pada 28 November Harimau Malaya berlawan dengan laos. Malaysia dan Indonesia akan beraksi pada 1 Disember yang akan menjadi perlawanan terakhir buat kumpulan 2.

Malaysia vs Singapura
25-11-12
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
8:45 PM

Malaysia vs Laos
28-11-12
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
 8:45 PM

Malaysia vs Indonesia
1-12-12
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
8:45 PM

Thursday, 8 November 2012

KAEDLive! 2012

Now, i would like to continue my post about KAEDLive at IIUM. This time is about KAEDLive! 2012, a show or concert with an aim to help raise fund for charity. The charity is for Rohingya and Palestine people. KAEDLive! 2012 features an energetic yet great local musicians such as Hujan, Monoloque, Bittersweet, SSK, The Rebel Scum, Figure of Speech and Wani Ardy.

KAEDLive! 2012 start will the recitation of a few verses from Al-Quran.
The opening band is Bittersweet. Their music are awesome and a very good live performance from Bittersweet. They sing a couple of songs such as 1234 from their newest album Empire's Transition.

Bittersweet, SSK and Wani Ardy


Then, the event proceed with Shinji Moriwaki or known as Figure of Speech to perform. He is a great dude. He is rapping with poetry words. The lyrics are all meaningful. Next is time for Monoloque to have the stage. Monoloque sing their hit songs, tiada kata secantik bahasa, batu belah batu konkrit and their newest song called bila buka mata. After that, SSK take place. SSK sing  bintang rap tanah malaysia (RTM). They also brought with them, mira Tilu and sing a song,Tenang Sayang.

The Rebel Scum, the MC and Monoloque

Wani Ardy is the next local act to perform. Wani Ardy is wearing a batik sarong, very nice. She and The Guitar Polygamy perform a few songs which i rate peaceful yet very good to hear. Later, time for The Rebel Scum to show their music. Quite a good songs.


HUJAN

For the Finale act, the moment that have been waiting for, performance from HUJAN. I personally really had a great night that day. Hujan sing about 7-8 songs for raingers that night. They play their popular and bring back memories songs such as Aku Scandal, Kotak Hati, Rantai Rasa Cinta, and Kembara.The last song for the day is a special song because it compose of 3 songs which are Pagi yang Gelap, mencintaimu and Kuala Lumpur. Thanks to all KAEDLive! 2012 committee and UIA for this awesome show :)


NOH HUJAN
AGCOCO and IZZAT
'BURUH' KAEDLive 2012

Monday, 5 November 2012

KAEDLiveIIUM, La Galerie

Assalamualaikum,

Just 2 days ago, I visited International Islamic University Malaysia (IIUM) for the  KAEDLive 2012 show. Before going for the show, I had time taking a few photos of an Art from Student of  Kulliyyah of Architecture and Environmental Design or in short form KAED. KAED have organized two days of activities that comprise of KAEDLive 2012 (SHO), Art Competition and Exhibition (La Galerie), Talk, Theater (SKEC) and Bazaar (SOUQ).

Ton of an interesting and great arts been exhibit in the entrance of the hall where the performance take place. KAED's students are really awesome with their master piece arts. Enjoy le Photos :)

KAED 1
The sketch
KAED 3 BW
In B&W
KAED 7
Charity for Rohingya and Palestine
KAED 8
Colourful

KAED 4
Le Arts

A sincere artist is not one who makes a faithful attempt to put on to canvas what is in front of him, but one who tries to create something which is, in itself, a living thing.
::: William Dobell :::

Picture taken using D3100 with 35mm f/1.8 lens
See more of my photos at My Flickr
Thank you :)

Saturday, 6 October 2012

Xperia GO : Next Gen of 3310?

Xperia GO
A smartphone that work like a boss.

Want to swim with your phone?
bring along phone when taking bath? 
Playing in a sandy area?
Rough on your phone?

take your phone to the next level. Sony introducing to your Sony Xperia GO the water and dust-resistant smartphone with IP67, the highest industry level rating. See to believe.






A review for Xperia GO



Saturday, 8 September 2012

Pembunuhan ke-100

Assalamualaikum, 

Saya akan menceritakan tentang satu kisah seorang pembunuh bersiri yang berlaku pada zaman dahulu kala. Pemuda ini merupakan seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang. Pada suatu hari,dia telah berasa bersalah atas kesalahannya membunuh begitu ramai orang lalu dia pun berjumpa dengan seorang ahli ibadat. Dia bertanya, mampunkah diriku ini diampunkan oleh Allah atas kesalahanku sekiranya aku bertaubat?. Ahli ibadat itu pun berkata, dirimu tidak akan dimaafkan. Pemuda tersebut tidak berpuashati atas jawapan ahli ibadat tersebut lalu melakukan pembunuhan ke-100. 

Selepas itu, Pemuda tersebut berjumpa pula dengan seorang pakar agama atau dipanggil ulama. Dia bertanya soalan yang sama tetapi mendapat jawapan yang berbeza dari ulama ini. Ulama itu berkata, pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat hambanya yang ingin benar-benar bertaubat. Ulama itu berkata lagi, untuk mencari keredhaan dan mengenal Allah anda perlu pergi jauh dari kawasan anda sekarang kerana kawasan yang anda duduki sekarang tidak bagus persekitarannya, berhijrahlah kamu ke tempat yang baru dan mulakan hidup anda yang baru. Lalu pemuda tersebut pun memulakan penghijrahannya ke tempat baru. 

Semasa dalam perjalanan hijrahnya, pemuda tersebut telah meninggal dunia. Malaikat bertanya kepada Allah sama ada pemuda ini masuk neraka atau syurga. Allah pun berkata, kamu bandingkan jarak antara tempat yang dituju dengan tempat pemuda itu mati dan tempat tinggal pemuda itu dengan tempat pemuda itu mati. Sekiranya dia dekat dengan tempat yang dituju maka syurga buatnya dan sekiranya dia dekat dengan tempat yang terdahulu dia penghuni neraka. Maka apabila dibandingkan jarak kedua-duanya, pemuda itu pun masuk syurga. 



Light of the sun


Pengajaran:- 
  •  Bertaubat dan cuba berubah ke arah kebaikan sementara nyawa masih dikandung badan 
  •  Taubat nasuha menghapuskan dosa-dosa terdahulu. Sesungguhnya pintu taubat Allah terbuka luas.
  •  Jangan sia-siakan kehidupan anda. Hadis Nabi: Tanamlah biji kurma walaupun esok kiamat.[Setiap saat itu berharga.]
  •  Persekitaran memainkan peranan penting. Cari dan pilihlah sahabat akrab anda. Moga sama-sama menuju ke jalan Allah. 

Cerita ini saya dapat dari usrah yang saya hadiri. Semoga dapat mengambil iktibar dari cerita ini.

Sunday, 5 August 2012

Hari ke-9 Olympic - Penting buat Malaysia

 Assalamualaikum,

Hari ahad, 5 Ogos 2012 bakal menjadi saksi kepada beberapa peluang buat Malaysia melakar sesuatu di Olimpic London 2012. Pemain handalan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei bakal berentap melawan Lin Dan dalam perlawanan akhir acara Badminton. Perlawanan akhir ini akan berlangsung sekitar pukul 8:30 malam (waktu malaysia) bertempat di Stadium Wembley, England. Rakyat Malaysia pastinya menanti-nanti akan perlawanan ini kerana pertembungan yang merupakan ulangan Olimpic Beijing 2008 dan adakah tertuainya emas Malaysia yang pertama di temasya Olimpic akhirnya sampai, insyaAllah Malaysia Boleh. 

Lee Chong Wei gembira


Selain itu, PocketRocketman Malaysia, Azizulhasni Awang bakal berbasikal dalam pertandingan sprint dalam saingan quater finals juga pada hari ini. Pertandingan akan bermula pada 11.34 malam dan harapnya Azizul dapat terus mara dan memenangi pingat untuk Malaysia. GO GO GO Malaysia!

Detik kemenangan

Friday, 27 July 2012

Kenapa dan Bagaimana untuk Bersyukur

Assalamualaikum,

Pada ketika anda melihat tulisan ini, bersyukurlah kerana masih diberikan mata untuk melihat,badan yang sihat,dapat duduk dikerusi  yang selesa dan pelbagai nikmat Allah yang lain. Manusia tidak pernah terlepas mendapat nikmat tetapi yang membezakan antara manusia itu ialah bersyukur atau tidak dia atas segala nikmat yang diberi. Nikmat yang Allah kurniakan tidak akan dapat kita hitung kerna terlalu banyak.


Aishah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?” Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?” .

Baginda, Nabi Muhammad S.A.W pun berlumba-lumba menjadi hamba yang bersyukur tetapi kita bagaimana pula.Oleh itu, antara cara untuk kita meluahkan rasa bersyukur pada Allah ialah melaksanakan Solat Sunat. Solat sunat merupakan antara ibadah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah. Pelbagai solat sunat boleh dilaksanakan antaranya ;

  1. Solat sebelum solat fardu
  2. Solat selepas solat fardu
  3. Solat Dhuha
  4. Solat Tahajjud
  5. Solat Witir
  6. Solat Terawih
  7. Solat Taubat
  8. Solat Hajat
Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah juga boleh diterjemahkan melalui menggunakan nikmat atau kurniaan yang telah kita dapat ke jalan yang betul yakni ke jalan Allah. Menggunakan nikmat yang diberi dengan betul dan tidak bongkak atau sombong dengan adanya nikmat tersebut. Nikmat itu suatu ujian buat hambanya agar hambanya teruji dan dapat menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya.

World is journey, Destination is Jannah

Moga kita dapat mengamalkan tip-tip diatas agar kita menjadi hambanya yang bersyukur.
InsyaAllah :)

Wednesday, 11 July 2012

Kuala Lumpur View : Sunset & Night

Kuala Lumpur is the federal capital of Malaysia. KL ,the short for Kuala Lumpur is situated in Wilayah Persekutuan and been surrounded by highlands and hills. The most popular cities and a must visited attractions for visitors and tourists around the world when visiting Malaysia.


Petronas Twin Towers (KLCC) , KL Tower & Kuala Lumpur view from far.
Kuala Lumpur sunset time



Kuala Lumpur night time


Sunday, 24 June 2012

Hujan - Sang Enemy

HUJAN pada 21 Jun 2012 telah melancarkan album ke-4 mereka bertajuk Sang Enemy. Album yang diterbitkan oleh Morning Rocket ini mempunyai himpunan lagu sebanyak 7 lagu manakala satu lagu bonus disertakan sekali sebagai pemanis rasa. Lagu-lagu yang terhimpun di dalam album Sang Enemy ini sedikit berlainan dari segi melody yakni Hujan memainkan rentak yang lebih keras dan laju.

  1. Janji Kita
  2. Rumah Kita
  3. Mana Mungkin
  4. Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
  5. DBS
  6. Ke Selatan
  7. Kembara
  8. LSB (Bonus)

Akhir kata,album yang terbaik dan dinantikan oleh peminat Hujan,Raingers.



Album & Sticker

Sang Enemy



 p/s: 7 lagu rasa sikit sngt la...hehe

Friday, 11 May 2012

Papiss Cissé - Newcastle Muslim Player

Papiss Demba Cissé is a Newcastle United player & Senegal national team player. Cissé was born on 3 June 1985 in Dakar and now  27 years old. He play for SC Freiburg in Bundesliga before Newcastle United buy him with a five-and-a-half-year deal for an estimated fee in the region of £10 million. He have been partner with fellow Senegal player Demba Ba for Newcastle United in EPL. Both Demba are a Muslim.


 Papa Cisse have been formidable since the January transfer, 13 goals out of 13 appearance. Wearing no 9, Demba Cissé score a stunning goal vs chelsea. He always celebrate the goal scored with sujud syukur. Papiss Demba Cissé is an awesome player.


Sunday, 22 April 2012

Delicious&Happy

Delicious
See something delicious and be happy :)

Friday, 9 December 2011

Amalan Baik Itu Suatu Misteri

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Diharap berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Pada hari jumaat penghulu segala hari ini ingin saya berkongsi suatu fakta tentang amalan yang kita lakukan seharian. Tahukah kita bahawasanya amalan-amalan baik yang kita laksanakan itu masih merupakan suatu misteri buat kita. Kita yang masih berada didunia ini tidak dapat mengetahui adakah amalan kita diterima? atau amalan kita ditolak oleh Allah?

Beribadah kepada Allah dan kerana Allah

Atas sebab itu pentingnya sifat istiqomah dan sikap ingin terus belajar dan memperbaiki setiap amalan seharian kita. Contohnya, perbuatan solat yang wajib ditunaikan 5 kali sehari semalam. Kita tidak tahu solat kita bagaimana kesudahannya di akhirat kelak. Oleh itu, pentingnya mempelajari cara solat dari segi perbuatan dan lafaz dan tips-tips untuk khusyuk dalam menyempurnakan solat serta menjiwai solat yang dilakukan itu. Amalan baik itu sememangnya suatu misteri oleh itu jadikanlah ia suatu inspirasi buat kita terus melaksanakannya dengan lebih baik dari hari ke hari dan berdoalah agar amalan kita diterima dan dirahmati oleh-Nya. Moga menjadi hamba Allah yang lebih baik :)



“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” 

                                              Mafhum Hadith Rasulullah SAW. 

Sunday, 4 December 2011

Hlovate Memunculkan Diri

Assalamualaikum,

Haz dapat tahu yg Hlovate sudah ada Facebook. Yea! Hlovate dah ada Offical Facebook. Peminat-peminat Hlovate mesti gembira dengar berita ni. Buat semua yang pernah baca karya Hlovate sebelum ni pasti nak dapat bercakap dengan Hlovate. Hlovate dah buka Facebook dia sendiri seiring dengan perkembangan sekarang. Mari Like ramai-ramai! :)

salam and greetings to all,

this's the new official laman conteng for me.
the odd,random thoughts from yours truly that somehow made it to the screen.haha.

blogdrive has been such a good companion since 2005.however,due to the unresolved dwindling technical limitations,i've to resort to finding a new home.hence,here i am.

may Allah bless =)


Hlovate

Wednesday, 30 November 2011

Monday, 28 November 2011

Ultras Malaya - Pemain ke-12 Malaysia

Ultras Malaya '12'
Ultras Malaya '12'

Semalam, saya berkesempatan turun menyaksikan perlawanan Malaysia VS Bahrian yang berkesudahan 2-3. Satu perlawanan yang menjanjikan satu kesudahan yang baik tetapi mungkin rezeki bukan menyebelahi Harimau Malaya apabila Bahrian menggunakan semua peluang yang diperolehi untuk menang di Stadium Bukit Jalil. Tujuan entry ini bukan hendak mengulas tentang kekalahan Malaysia tetapi tentang gelagat penyokong yang sentiasa setia menyokong Malaysia dari minit permulaan sehingga tamatnya perlawanan Ultras Malaya.

Ultras Malaya
Ultras Malaya Sentiasa Bersemangat

Ultras Malaya yang mula tubuh pada tahun 2007 dengan hanya beberapa orang sahaja terus maju dan berkembang seiring dengan kebangkitan Skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda dipentas Asia Tenggara dan Asia. Populariti Ultras Malaya semakin memuncak disebabkan 'attitude' yang padu oleh anggota-anggota Ultras Malaya yang menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri untuk memberi sokongan kepada pemain-pemain Malaysia. Ultras Malaya tampil dengan imej hitam kuning beserta banner besar dan mafla Malaysia. Tahniah buat Ultras Malaya pemain ke-12 Malaysia kerana tak putus-putus memberikan sokongan 100% kepada team Malaysia. Malaysia Boleh!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...