Showing posts with label Muslim. Show all posts
Showing posts with label Muslim. Show all posts

Saturday, 27 July 2013

Kanak-Kanak Riang - Matlutfi90

Video terbaru dari Matlutfi90.


Mengajar Kanak-Kanak Riang 

Orang dewasa sudah tidak lagi ingin mempersoalkan kehidupan ini. Sama ada kita telan semua yang disuap atau muntah semua yang dipolok. Yang rajin mengunyah dikata tidak kuat aqidah, goyah pegangan. Aku mahu kita jadi seperti kanak-kanak yang bertanya tanpa henti dan takut, dari hati ke mulut.



Adakah ia jujur dari hati atau hanya untuk pujian manusia.




Dari kanak-kanak pun boleh dapat pengajaran.

Sunday, 24 March 2013

Tawakal itu Mencukupkan



Kita sebagai insan
Kita tidak cukup utk hanya bergantung pada diri ini.
Mungkin kita sudah berusaha.
Mungkin kita sudah berlatih berbulan-bulan.
Tapi adakah ia menjamin kejayaan kita?
Tidak.
Tidak.
Dan tidak.
Kita perlu berusaha, berdoa moga dipermudahkan oleh Allah
Dan berTAWAKAL.





Sunday, 6 January 2013

Dari Malaysia Ke China : Shenzen Hari 1

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka. Haz nak bercerita tentang percutian Haz ke negara yang mempunyai penduduk teramai di dunia, China. Negara China merupakan negara untuk lebih dari 1.3 billion manusia yang kalau kita kira mewakili 19% penduduk di dunia. Seperti yang kita sedia maklum, rakyat China terbahagi kepada banyak kaum atau suku dan bercakap dengan dialek-dialek yang berlainan untuk setiap kaum, tetapi negara China secara amnya menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa percakapan kebanyakkan rakyatnya. Ok, cukup rasanya pengenalan serba ringkas tentang negara tembok besar China ini.

Alhamdulillah, pada 8 Disember yang lepas dapat juga merasa ke negara luar yang agak jauh dari Malaysia sekitar 4 jam perjalanan bas terbang. Perjalanan bermula awal pagi dari rumah dan sampai di LCCT dalam pukul 3. Sampai-sampai je baru dapat tahu yang flight tunda dari 5 pagi ke 7 pagi.  Jadi rehat dulu kejap ,check-in flight, dan solat subuh. Siap semua, bersedia ke China!

Flying Aeroplane
Beautiful Sky

Langit begitu indah pagi itu, SubhanAllah. Bertambah excited  jadinya dekat dalam kapal terbang. Pekena pulak nasi lemak Pak Naseer ( recommended breakfast) ada rasa, panas dan sedap. Dalam 11 Pagi, selamat tiba di Baiyun Airport, Guangzhou, China. Buat pengetahuan korang, waktu di Guangzhou dan Shenzhen sama dengan Malaysia (sama garisan dengan malaysia). Sampai dekat sana dah tengahari, jadi tidak la terasa sejuk walaupun kata sana suhu dalam 20°C.

Haz dengan keluarga pergi sana guna pakej dari Fayrooz Travel bersama rombongan dalam 24 orang. Jadi pergi pun sebab dapat tawaran bwh RM2000 yang mana memang susah nak dapat dah sekarang ni. Dari Baiyun Airport  naik bas ke Shenzhen makan masa dalam 2 jam. Pemandu pelancong yangk kami dapat orang  tempatan nama dia, Danie. Danie ni peramah, umur dalam 30 lebih dan boleh cakap melayu sikit-sikit, lawak gak dengar dia cakap bahasa melayu. 

Musim Dry Fruit Seller
Muslim Dry fruit Seller

Jam dah nak masuk pukul 3, perut pun dah lapar. Sampai-sampai, terus makan dulu di Shenzhen. Makanan dia memang sedap. Orang China suka makan sayur-sayuran, beberapa pinggan sayur saja. Lagi satu, kalau makan mesti minum dengan teh China tak adanya nak cari air suam ( mungkin tu petua dorang slim kot). Alhamdulillah, meja kami habis licin makanan, lapar tak lapar. Selesai sesi mengenyangkan diri,  check-in hotel. Menginap di Hotel Guangsheng International dekat dengan Louhu sekitar 10 minit berjalan kaki. Diberi masa satu jam untuk solat dan bersiap sebelum sambungan aktiviti pertama di Shenzen, Shopping!.  

Dongmen Pedestrian Street
Dongmen Pedestrian Street


Berehat seketika
Street Photography
Shenzhen berupakan bandar yang semakin membangunkan dengan bertambahnya bangunan-bangunan tinggi dan tempat membeli-belah. Shenzen pada masa dahulu hanya kawasan biasa tetapi mendapat tempias kepesatan Hongkong sekitar 30 tahun yang lepas. Kami dibawa ke Dongman Pedestrian Street, tempat beli belah popular buat penduduk di Shenzen. Ramai sangat orang macam ala-ala Jalan TAR masa cuti sekolah. Sepanjang laluan, kiri kanan bangunan kedai, bertingkat-tingkat gaya mall. Harga kat sana boleh tahan murah dan boleh tawar menawar kalau minat barang tu. Dari kasut, baju, cermin mata dan macam-macam lagi semua ada.

Habis dalam sejam setengah pusing-pusing Dongman (tak berapa nak puas, rasa sekejap sangat). Malam pun dah menjelma, masa untuk makan malam tapi restoran yang lain pula. Masakan kat restoran ni berlainan sedikit dan agak kurang serasi dengan gaya masakan dia. Dalam pukul 9 malam, balik hotel dan rehat kat bilik untuk hari esok. :)


Baiyun Airport

Shenzhen in night

Laser from one of the buidling in Shenzhen
Nasi Lemak

Lunch

Dinner



Me :)
Me :)

Friday, 14 September 2012

Tempat Solidariti Bantahan Filem Menghina Nabi

 Himpunan Bantah Filem Hina Nabi
14.09.2012
Selepas Jumaat
Anjuran Dewan Pemuda Pas

Tempat Solidariti Bantahan Filem Menghina Nabi
  • Pahang – Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan
  •  Selangor dan Wilayah – Masjid Amaniah, Batu Caves
  • Perak – Masjid Negeri Ipoh
  •  Sabah – Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu
  • Penang – Masjid Permatang Janggus
  • Sarawak – Masjid Bintulu
  •  Terengganu – Masjid Rusila
  • Melaka, Kedah, N9, Johor sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut .  


Tuesday, 11 September 2012

6 Days of fasting




 “Whoever fasts Ramadan and follows it with six days from Shawwal it is as if they fasted the entire year.” Hadis Nabi

Friday, 11 May 2012

Papiss Cissé - Newcastle Muslim Player

Papiss Demba Cissé is a Newcastle United player & Senegal national team player. Cissé was born on 3 June 1985 in Dakar and now  27 years old. He play for SC Freiburg in Bundesliga before Newcastle United buy him with a five-and-a-half-year deal for an estimated fee in the region of £10 million. He have been partner with fellow Senegal player Demba Ba for Newcastle United in EPL. Both Demba are a Muslim.


 Papa Cisse have been formidable since the January transfer, 13 goals out of 13 appearance. Wearing no 9, Demba Cissé score a stunning goal vs chelsea. He always celebrate the goal scored with sujud syukur. Papiss Demba Cissé is an awesome player.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...