Sunday 18 December 2011

7 Simply Amazing Masjid Di Dunia

7 Simply Amazing Mosque memaparkan masjid-masjid diserata dunia yang mempunyai keaslian dan keunikan daripada segi bentuk binaan bangunan masjid-masjid tersebut.



Masjid Agung Djenné, Afrika Barat
Masjid ini diperbuat daripada tanah lumpur yang dikeringkan dan dibina pada abada ke -13.


Masjid Agung Djenne



Masjid Agung dari Xi’an, China 
Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua dan terkenal di negara China dan mula didirikan sejak 1250 tahun yang lalu


Masjid Agung dari Xi’an, China 



Masjid Agung Samarra, Iraq  
Masjid yang terletak di kota samarra, Iraq dan dibangunkan pada abad ke 9 oleh khalif Bani Abbasiyah, Al-Mutawakkil.


Masjid Agung Samarra,Iraq






Masjid Jami-Ul-Alfar, Colombo, Sri Lanka 
Masjid popular kota colombo, Sri Lanka dibangunkan pada 1909 dan mempunyai bentuk yang unik. Masjid ini mempunyai seni bina yang agak sama dengan Masjid Jamek,Kuala Lumpur,Malaysia.


Masjid Jami-Ul-Alfar, Colombo, Sri Lanka


Masjid Dublin, Ireland
Masjid yang pada waktu sekarang menjadi pusat bagi Islamic Foundation of Ireland bermula pada tahun1970 apabila mahasiswa muslim di Dublin ingin mempunyai masjid sendiri.

Masjdi Dublin, Ireland


Masjid Assyafaah, Singapore 
Masjid dicelah-celah bangun di Singapore ini mempunyai rekaan moden dan menjadi tempat Majlis Ulama Islam Singapura (MUIS).


Masjid Assyafaah Singapore




“Mahligai Minang” Masjid Raya Minangkabau
 Masjid masa depan ini akan menjadi landmark buat masyarakat Minang. Masjid ini masih belum siap buat masa sekarang.

Masjid Raya Minangkabau



List ini saya ringkaskan dan untuk penjelasan penuh sila ke zulfikri.wordpress.com

Friday 16 December 2011

Kemalangan Penunggang Motosikal Terbang

Video dibawah memaparkan kemalangan ngeri seorang penunggang motosikal di ampang puteri. Moga ambil iktibar dengan memandu dengan berhati-hati.



penunggang moto terbang


Thursday 15 December 2011

Penerangan Ringkas Tentang Hudud | Penampilan Istimewa Matlutfi dan Bob Lokman

Terbitan Solidariti Muslim Prihatin :-
Oley!!
Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat. Penampilan khas oleh Matlutfi dan Bob Lokman.



Screenshot Filem Pendek Oley!!

Wednesday 14 December 2011

Malaysia U23 0-1 Central South Mariner | Perlawanan Persahabatan Di Australia

14.12.11 - Harimau Muda Negara tewas ditangan kelab Central South Mariner dengan tamat permainan dengan kosong berbalas satu.Perlawanan persahabatan Malaysia U23 di Australia ini telah diawalkan dari 15.12.11 ke 14.12.11. Harimau Muda akan menentang Newcastle Jets pada 19.12.11 .

Harimau Muda | Malaysia U23


Sumber :

Harimau Muda Ke Australia
Portal Sukan

Tuesday 13 December 2011

Samsung Galaxy W | Samsung Next Affordable Price BestSelling SmartPhone

Samsung W(Samsung I8150) - A value for money Smartphone

Samsung Galaxy W

Features:-
  • 1.4GHz CPU
  • 512 RAM
  • 3.7"WVGA Screen
  • Android 2.3 Gingerbread
  • 5 MP Camera With Flash 
  • HD Recording Video
  • Improved UX

All that for just RM 999

More info..


Malaysia U23 3-0 Sydney FC | Perlawanan Persahabatan Di Australia

13.12.11-Malaysia menang perlawanan persahabatan pertama di Australia menentang Sydney FC dengan 3 gol berbalas 0. Jaringan Malaysia bawah 23 disumbangkan oleh Ahmad Hazwan Bakri(2 gol) dan K.Gurusamy(1). Keputusan cemerlang pasukan Ong Kim Swee ini diharap dapat diteruskan menentang Central South Mariner(14.12.11) dan Newcastle Jets (19.12.11).

Malaysia u23

Harimau Muda Ke Australia
PortalSukan

Friday 9 December 2011

Harimau Muda Ke Australia

Australia  bakal menjadi tempat buat Harimau Muda meningkatkan kekuatan serta medan bagi mereka menimba pengalaman berkualiti sebelum menyertai saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan. Perjanjian diantara Malaysia dan Singapura yang dimeterai merupakan satu cara proaktif FAM dalam memberi pendedahan berterusan kepada Harimau Muda kerana Liga Singapura (Liga-S) turut disertai beberapa negara luar. Harimau Muda negara akan terbang ke Australia esok hari dan dijadualkan menentang kelab Sydney FC (13 Disember), Central South Mariner (15 Disember) sebelum menutup aksi menentang Newcastle Jets (19 Disember).

MALAYSIA Supporter
HARIMAU MUDA MALAYSIA


Latihan dan perlawanan di Australia selama 12 hari bakal memberi ruang buat Ong Kim Swee sebagai pengendali Harimau Muda untuk menguji pemain baharu dan yang jarang diturunkan sebelum ini sebagai persiapan mengharungi baki aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012 peringkat kumpulan Zon Asia serta perancangan jangka panjang menjelang temasya Sukan SEA di Myanmar (2013) dan Sukan Asia di Korea Selatan pada 2014. Akhir kata, Harimau Muda teruskan kecemerlangan anda di Australia kelak.

Sumber: Kosmo

Amalan Baik Itu Suatu Misteri

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Diharap berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Pada hari jumaat penghulu segala hari ini ingin saya berkongsi suatu fakta tentang amalan yang kita lakukan seharian. Tahukah kita bahawasanya amalan-amalan baik yang kita laksanakan itu masih merupakan suatu misteri buat kita. Kita yang masih berada didunia ini tidak dapat mengetahui adakah amalan kita diterima? atau amalan kita ditolak oleh Allah?

Beribadah kepada Allah dan kerana Allah

Atas sebab itu pentingnya sifat istiqomah dan sikap ingin terus belajar dan memperbaiki setiap amalan seharian kita. Contohnya, perbuatan solat yang wajib ditunaikan 5 kali sehari semalam. Kita tidak tahu solat kita bagaimana kesudahannya di akhirat kelak. Oleh itu, pentingnya mempelajari cara solat dari segi perbuatan dan lafaz dan tips-tips untuk khusyuk dalam menyempurnakan solat serta menjiwai solat yang dilakukan itu. Amalan baik itu sememangnya suatu misteri oleh itu jadikanlah ia suatu inspirasi buat kita terus melaksanakannya dengan lebih baik dari hari ke hari dan berdoalah agar amalan kita diterima dan dirahmati oleh-Nya. Moga menjadi hamba Allah yang lebih baik :)



“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” 

                                              Mafhum Hadith Rasulullah SAW. 

Monday 5 December 2011

Coach Pun Nak Gol Jugak

Dragan Stojković
Video dibawah ni tentang seorang coach yang score gol.
Story :-

In a 2009 J.League match between Yokohama F. Marinos and Nagoya Grampus, Stojković amazed everyone by scoring a goal from his technical area. One of the players had just been injured, so the goalkeeper kicked the ball out of play to stop the game. Stojković got out of his seat in the dugout and volleyed the ball, which went high into the air before dipping into goal. For this action he was sent off by the referee

Sunday 4 December 2011

Hlovate Memunculkan Diri

Assalamualaikum,

Haz dapat tahu yg Hlovate sudah ada Facebook. Yea! Hlovate dah ada Offical Facebook. Peminat-peminat Hlovate mesti gembira dengar berita ni. Buat semua yang pernah baca karya Hlovate sebelum ni pasti nak dapat bercakap dengan Hlovate. Hlovate dah buka Facebook dia sendiri seiring dengan perkembangan sekarang. Mari Like ramai-ramai! :)

salam and greetings to all,

this's the new official laman conteng for me.
the odd,random thoughts from yours truly that somehow made it to the screen.haha.

blogdrive has been such a good companion since 2005.however,due to the unresolved dwindling technical limitations,i've to resort to finding a new home.hence,here i am.

may Allah bless =)


Hlovate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...