Wednesday 30 November 2011

Monday 28 November 2011

Ultras Malaya - Pemain ke-12 Malaysia

Ultras Malaya '12'
Ultras Malaya '12'

Semalam, saya berkesempatan turun menyaksikan perlawanan Malaysia VS Bahrian yang berkesudahan 2-3. Satu perlawanan yang menjanjikan satu kesudahan yang baik tetapi mungkin rezeki bukan menyebelahi Harimau Malaya apabila Bahrian menggunakan semua peluang yang diperolehi untuk menang di Stadium Bukit Jalil. Tujuan entry ini bukan hendak mengulas tentang kekalahan Malaysia tetapi tentang gelagat penyokong yang sentiasa setia menyokong Malaysia dari minit permulaan sehingga tamatnya perlawanan Ultras Malaya.

Ultras Malaya
Ultras Malaya Sentiasa Bersemangat

Ultras Malaya yang mula tubuh pada tahun 2007 dengan hanya beberapa orang sahaja terus maju dan berkembang seiring dengan kebangkitan Skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda dipentas Asia Tenggara dan Asia. Populariti Ultras Malaya semakin memuncak disebabkan 'attitude' yang padu oleh anggota-anggota Ultras Malaya yang menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri untuk memberi sokongan kepada pemain-pemain Malaysia. Ultras Malaya tampil dengan imej hitam kuning beserta banner besar dan mafla Malaysia. Tahniah buat Ultras Malaya pemain ke-12 Malaysia kerana tak putus-putus memberikan sokongan 100% kepada team Malaysia. Malaysia Boleh!




Sunday 27 November 2011

Demba Ba Another Muslim Player In EPL


Demba Ba



Name : Demba Ba
Age : 26
Born : French-born Senegalese footballer
Position : Striker
Current Club: Newcastle United
Number : 19
National Team: Senegal





Words from Demba Ba 
“Sometimes it [fasting] doesn’t affect you at all,” said Ba. “Sometimes you start feeling a bit tired. But it is not something that is new to me — I have been doing this for a long time.

“It is something that is very important to me. My faith is where I get my confidence and energy from. I will not quit doing this because I can’t.”
 

Demba Ba Celebrate Goal With 'Sujud Syukur'

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H , 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H , 26 November 2011 
Moga Tahun 1433 lebih baik dari 1432H
InsyaAllah
Salam Maal Hijrah 1433H

Friday 25 November 2011

Malaysia VS Bahrian Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012

Malaysia(Harimau Muda) VS Bahrian
Venue: Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Date: 27 November 2011
Time: 8:45pm

Teruskan berjuang

Harimau Muda akan berlawan Bahrian di Stadium National Bukit Jalil pada 27.11.11 ini bersamaan hari ahad. Perlawanan ini merupakan perlawanan ketiga selepas berlawanan dengan Japan(Away) dan Syria(Home) yang kedua-duanya berkesudahan kalah 0-2. Harimau Muda yang baru sahaja memenangi pingat emas Sukan SEA pastinya dalam keadaan terbaik untuk mempamerkan aksi bertenaga ketika menentang Bahrian nanti. Kemenangan keatas Bahrian yang berkedudukan ke-102 dunia akan melonjakkan Malaysia ke tempat ke-3 sekali gus memberi sinar melayakkan diri ke Olimpik 2012.

Kedudukan Kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C (Asia)

1.Japan -6pts
2.Syria -6pts
3.Bahrian -0pts
4.Malaysia -0pts

Credit : http://www.the-afc.com

Thursday 24 November 2011

Safiq Rahim Berlepas Ke Cardiff City

Mohd Safiq bin Rahim mengikut jejak langkah Mohd Safee Mohd Sali apabila dia berlepas ke Cardiff City, semalam. Safiq Rahim yang merupakan kapten bagi skuad Harimau Muda di Sukan SEA ke 25 di Laos dan kapten Harimau Malaya untuk Piala Suzuki AFF 2010 bakal menjalani 3 minggu latihan percubaan untuk Cardiff City FC yang dimiliki Datuk Chan Tien Ghee.
 Safiq Rahim

Diharap yang terbaik buat Safiq Rahim ! Selamat Berjuang !

Saturday 19 November 2011

Malaysia Bakal Lawan Indonesia di Pentas Final Bola Sepak Sukan SEA

Malaysia yang menang kepada Myammar bakal menentang Indonesia pada 21 November 2011 di perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno.Malaysia dan Indonesia yang telah bertemu di peringkat kumpulan maka berentap kembali dan pastinya aksi menarik dari kedua-dua belah pasukan akan ditagih.Moga Malaysia dapat mengekalkan emas dalam acara bola sepak di Sukan SEA.InsyAllah.

Malaysia vs Indonesia


Malaysia vs Indonesia
21.11.2011
Stadium Gelora Bung Karno



Keputusan perlawanan separuh akhir Sukan SEA ke 26
Malaysia 1-0 Myammar
Indonesia 2-0 Vietnam





Tags:Result Football SEA Games indonesia 26th

Friday 18 November 2011

Rokok dan Kopiah by MatLutfi90



Satu lagi video yang superb oleh MatLutfi90. Kali ini matlutfi memaparkan satu video yang lain dari yang sebelum ni dengan paparan cerita pendek bertajuk 'rokok dan kopiah'.Well made by Matlutfi.Sarat dengan pengajaran untuk kita fikir-fikirkan dan juga turut menginsafkan.

jangan sampai jadi perigi buta. sudahlah buta, kontang lagi. 

rokok dan kopiah screenshot

terima kasih:
1. syafiq afifi sang agamawan
2. syafiq suraini dik cerdas
3. kasim pemilik villa
4. coki yang tergelak time aku shoot
5. along pemanis bicara
6. abang kerol pembekal stock
7. anas tuan camera
8. budak UWA yang sedang exam
9. burung kakak tua
soundtrack:
1. silent scenery - tale of a wooden door
2. when the clouds - rise on
3. yuna - penakut

'seriously aku tak hisap rokok doh malah selalu puasa sunat sebab tu kurus hikhik' -Video Tags

Wednesday 16 November 2011

Malaysia tumpas 3-2 ditangan India dalam Perlawanan Persahabatan

Friendly Match Malaysia vs India
November 16, 2011
Salt Lake Stadium,Kolkata

Result : Malaysia 2 - 3 India
Gmbr hiasan













Goal :
 Safee Sali 60'
Sunil Chhetri 53'
Jeje Lalpekhlua 47'
Safee Sali 45'
Sunil Chhetri  39'

Safee Sali 1st goal
 

Safee Sali 2nd Goal


Lineup Malaysia:
Gunasekaran Jeevananthan
Azmi Muslim -  Mohd Aidil Zafuan  -  Mohd Faizal Muhammad -
Bunyamin Umar  - S. Kunanlan M - Safiq Rahim -  Amar Rohidan  -
Shahurain Abu Samah   - Abdul Hadi bin Yahya  -Mohd Sali

Substitutes:
Allawee Ramli Goalkeeper
Mohd Farisham bin Ismail Midfielder
Mohd Khyril Muhymeen Midfielder
Suppiah Chanturu Striker


Source :Goal.com
             Portalsukan.com


Tags : Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia bertemu India 16.11.11

Anak Luar Nikah Bakal Membanjiri Malaysia?


Assalamualaikum,

Saya menulis tajuk entry ini sebegitu kerana kenyataan dari Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengeluarkan  fakta seramai 152,182 anak luar nikah telah direkodkan dari tahun 2008 hingga 2010. Keadaan ini bagi saya sangat membimbangkan dan menakutkan. Jumlah 152,182 orang manusia bukan lah jumlah yang sedikit tetapi jumlah yang banyak. Keadaan ini akan memjadi masalah yang berpanjangan buat Malaysia dan umat manusia keseluruhannya kerana pastinya sukar menjalani kehidupan sebagai seorang anak luar nikah disebabkan oleh pelbagai tekanan dan masalah yang bakal ditempuhi. Oleh kerana itu, masalah ini  memerlukan satu penyelesaian efektif dan berkesan dari pihak-pihak berkenaan dan kesedaran secara menyeluruh kepada semua penduduk Malaysia. Tidak ingin saya melihat masa depan Malaysia kelam, gelap dan terus menerus dipengaruhi budaya barat.

Moga Allah memberi jalan keluar buat kita.


Tuesday 15 November 2011

2/10 Google Page Rank


Assalamualaikum..

Google Page Rank semestinya tidak asing lagi bagi  para blogger kerana ia merupakan antara petunjuk penting yang menunjukkan sejauh mana kekuatan carian isi kandungan sesuatu blog menggunakan carian google. Google Page Rank memberi mata kepada sesuatu blog dari 1 hingga 10. Blog yang mendapat mata yang tinggi menunjukkan blog tersebut bakal mendapat tempat yang tinggi dalam carian google. Ini seterusnya memberikan blog tersebut lebih peluang untuk entry blog tersebut di klik oleh orang yang mencari.

Blog Aku Dan Dunia sudah mendapat mata 2 dari Google Page Rank.Alhamdulillah. Insyaallah dengan peningkatan yang positif ini blog ini dapat terus mendapat kemasukan pelawat yang tinggi.

Monday 14 November 2011

Gemuruh Suara - Team Malaysia's Theme Song


Embrace the spirit of Team Malaysia. It's the Gemuruh Suara music video!

The passion and pride of Team Malaysia performed by Malaysians from all walks of life, from citizens to celebrities, in one rousing and stirring video.


Lagu tema untuk Team Malaysia yang beraksi sempena Sukan SEA yang ke-26 di Palembang dan Jakarta,Indonesia.


Gemuruh Suara Lyrics :
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Team Malaysia


Thanks to Team Malaysia Malaysia Boleh!

Tags : 26th SEA Games Indonesia

Sunday 13 November 2011

Malaysia V India 13.11.11 Friendly Match

Final Result Malaysia 1-1 India

Goal for Malaysia - Safiq Rahim 41'
Goal for India - Syed Nabi 89'

Line up: Mohd Rizal Fahmi Rosid,Farizal Marlias,Zamani,Mohd Khyril Muhymeen,Mazlizam Mohamad,S. Kunanlan,Safiq Rahim,Amar Rohidan,Azmi Muslim,Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak,Abdul Hadi bin Yahya

Malaysia vs India

Source :Goal.com

Keputusan 16.11.11

Tags : Keputusan akhir perlawanan persahabatan,Malaysia 1-1 India

Saturday 12 November 2011

Greyson Chance & AIM 18 (With Video)

Greyson Chance - Waiting Outside The Lines


Video Greyson Chance performance at Anugerah Industri Muzik ke 18,2011 Malaysia.

Know more about this guy : link
Greyson Chance photo at AIM 18 :budiey.com

Thursday 10 November 2011

Cara Mencegah Dan Melawan Sel-Sel Kanser

Assalamualaikum para pembaca,

Kanser telah menjadi antara penyebab utama kematian pada zaman ini. Semua telah mengetahui tentang hakikat ubat yang boleh menyembuhkan atau merawat kanser secara total masih belum ditemui, tetapi ingat lah kita pada sabda Nabi Muhammad SAW sesungguhnya tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan tua dan mati. Oleh yang demikian,saya ingat berkongsi salah satu ikhtiar dan usaha dari pelbagai usaha-usaha yang ada untuk mencegah dan melawan sel kanser,InsyaAllah.

Apricot

Perkongsian saya yang pertama ialah berkenaan dua buah-buahan  yang mempunyai kebaikan semulajadi untuk membantu pesakit-pesakit kanser melawan kanser dari dalam badan. Buah yang pertama ialah Apricot. Apricot merupakan buah yang telah ditemui sejak zaman Greece lama. Kelebihan Apricot yang menjadikannya sebuah buah yang bagus melawan kanser ialah kebaikan biji Apricot (apricot seed). Biji Apricot mempunyai vitamin B17 menjadikannya unik berbanding buah-buahan lain untuk melawan kanser.

Biji Apricot

Buah kedua pula tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia kerana Malaysia juga turut menghasilkan buah tersebut. Disebalik, rasanya yang manis dan warna merah yang menawan, Strawberi telah dianugerahkan vitamin C. Vitamin C baik untuk meningkatkan sistem imun badan dan melawan serta mencegah penyakit.Kedua-dua buah ini, InsyaAllah boleh menjadi ikhtiar buat pesakit-pesakit kanser menyembuhkan penyakit kanser mereka.

Strawberi

Perkongsian kedua saya ialah merawat dan melawan sel kanser dari luar.Caranya dengan membaca ayat-ayat tersebut kemudian hembuskan kepada tempat sakit selama 21 hari:-

  1. Surah Al-Fatihah (1)
  2. Surah Al-Ikhlas (3)
  3. Selawat (3)
  4. Surah Al-A'la (21)

Semoga pembaca-pembaca sekalian dapat mengamalkannya dan bertawakal kepada Allah agar usaha yang telah kita lakukan ini membuahkan hasil yang diingini. Semua ilmu ini dipetik  dari ceramah Ustaz Amran.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...