Thursday, 10 November 2011

Cara Mencegah Dan Melawan Sel-Sel Kanser

Assalamualaikum para pembaca,

Kanser telah menjadi antara penyebab utama kematian pada zaman ini. Semua telah mengetahui tentang hakikat ubat yang boleh menyembuhkan atau merawat kanser secara total masih belum ditemui, tetapi ingat lah kita pada sabda Nabi Muhammad SAW sesungguhnya tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan tua dan mati. Oleh yang demikian,saya ingat berkongsi salah satu ikhtiar dan usaha dari pelbagai usaha-usaha yang ada untuk mencegah dan melawan sel kanser,InsyaAllah.

Apricot

Perkongsian saya yang pertama ialah berkenaan dua buah-buahan  yang mempunyai kebaikan semulajadi untuk membantu pesakit-pesakit kanser melawan kanser dari dalam badan. Buah yang pertama ialah Apricot. Apricot merupakan buah yang telah ditemui sejak zaman Greece lama. Kelebihan Apricot yang menjadikannya sebuah buah yang bagus melawan kanser ialah kebaikan biji Apricot (apricot seed). Biji Apricot mempunyai vitamin B17 menjadikannya unik berbanding buah-buahan lain untuk melawan kanser.

Biji Apricot

Buah kedua pula tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia kerana Malaysia juga turut menghasilkan buah tersebut. Disebalik, rasanya yang manis dan warna merah yang menawan, Strawberi telah dianugerahkan vitamin C. Vitamin C baik untuk meningkatkan sistem imun badan dan melawan serta mencegah penyakit.Kedua-dua buah ini, InsyaAllah boleh menjadi ikhtiar buat pesakit-pesakit kanser menyembuhkan penyakit kanser mereka.

Strawberi

Perkongsian kedua saya ialah merawat dan melawan sel kanser dari luar.Caranya dengan membaca ayat-ayat tersebut kemudian hembuskan kepada tempat sakit selama 21 hari:-

  1. Surah Al-Fatihah (1)
  2. Surah Al-Ikhlas (3)
  3. Selawat (3)
  4. Surah Al-A'la (21)

Semoga pembaca-pembaca sekalian dapat mengamalkannya dan bertawakal kepada Allah agar usaha yang telah kita lakukan ini membuahkan hasil yang diingini. Semua ilmu ini dipetik  dari ceramah Ustaz Amran.





Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Salam semua,
Cuba lawati www.primaseries.my untuk rawatan kanser. Ia berkesan dan telah ramai pengguna yang mendapat faedah darinya
salam.. sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola... boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook 'PENAWAR/UBAT KANSER'.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape... InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul....

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...