Monday 23 February 2015

Dari Harry Potter ke Tariq Ramadan

Umur 11 tahun, waktu darjah lima
Zaman mula belajar baca novel. Sebelum tu, baca buku cerita nipis hanya sekadar penuhkan buku nilam. Gigih nak sampaikan 3 buku nilam nak capai pingat gangsa.
Ingat lagi, buku siri ke-3 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban jadi buku HP pertama. Harry Potter, hero waktu kecik. Dari situ, tercetusnya minat membaca. Lepas dari itu ialah sejarah.

Dari Harry Potter, minat membaca berjangkit ke novel cerita Islamik dari Indonesia. Ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih. Minat pada karya pak Habiburrahman El Shirazy. Berpeluang juga membaca beberapa novel seperti Laskar Pelangi dan Negeri 5 Menara. 

Menjangkau sekolah menengah, novel tempatan pula mengambil tempat. Antaranya ialah novel Dear Yayah. Mungkin ramai yang tak tahu pasal novel ni tapi ia adalah one of my personal favorites. Setakat ni dah berkembang jadi beberapa siri siap ada novel grafik sendiri.

Masuk tingkatan 4, mula kenal Hlovate. Penulis misteri yang dikagumi atas hasil kerja yang unik dan mesej Islamik yang jelas. Waktu berangan mahu mengembara dan belajar luar negara. Dari aA+bB, Versus, Anthem hingga Contengan Jalanan semua sudah dibaca.

Di matrikulasi, banyak baca buku genre travelog dari Ustaz Hasrizal dan beberapa buku lain. Mengutip kisah-kisah tauladan dan inspirasi.

2015,
Dari Harry Potter ke Tariq Ramadan. Semua genre buku dibaca. Dari novel, politik, agama mahupun motivasi. Mengenal perkara baru dan kisah-kisah menarik dari setiap buku yang dibaca. Minat yang dipupuk dari kecil.


Mulakan langkah membaca anda. Biarpun dengan sebuah komik, anda hakikatnya sedang membaca.

"Baca Buku, Baca Dunia" 

#‎Read4Malaysia‬

Saturday 14 February 2015

Kata-kata Prof Tariq Ramadan tentang Solat

Dalam satu syarahan Prof Tariq Ramadan tentang solat.

Kadang-kadang kita terfikir kenapa kita muslim solat sampai 5 kali sehari sedangkan agama lain ada yang sekali sehari atau hanya pada hari-hari tertentu sahaja.

Namun, prof kata itu bukan soalan yang tepat. Soalan yang sepatutnya kenapa bukan lebih dari lima. Kerana beliau nyatakan solat itu supaya kita ingat pada Allah dan ia menjadi pelindung dari berbuat dosa. Kalau kita lihat diri kita insan yang pelupa, diantara maghrib dan isyak yang singkat itu pun kita mampu berbuat perkara yang dimurkai Allah. 

Sungguh manusia itu pelupa dan imannya berubah-ubah. Perbanyakkan berbuat baik moga itu terus menjadi teras dan bekalan di akhirat.

Wednesday 4 February 2015

[Ulasan Buku Anwar Ibrahim Evolution of a Muslim Democrat]

Alhamdulillah. Bersyukur akhirnya dapat habiskan buku ni. Buku ini ditulis oleh Charles Allers. Charles Allers merupakan seorang pemegang PhD dan sekarang tinggal di USA.

Buku ini mengisah tentang perjalanan Anwar Ibrahim bermula dari zaman remaja, bergiat aktif sebagai aktivis mahasiswa dan Abim, menyertai politik, memegang jawatan-jawatan tinggi kerajaan dan UMNO hingga ke zaman kejatuhannya dan zaman sekarang sebagai ketua Pakatan Rakyat. 

Peristiwa-peristiwa penting yang berkait rapat dengan Anwar turut terakam seperti kejayaan beliau sewaktu memegang pelbagai potfolio dalam kerajaan BN dan kisah beliau ditahan dan dipenjara.
Selain itu, pengarang juga mendalami idea-idea yang diperjuangkan oleh Anwar dalam ucapan-ucapan beliau. Contoh idea yang diperjuangkan ialah tentang mengurang rasuah, kerajaan yang baik, keadilan dan pentingnya demokrasi. Buku ini mengambarkan bagaimana Anwar menjelajah ke seluruh dunia cuba untuk membawa idea-idea baik ni dan memaparkan beliau sebagai seorang demokrat muslim. Beliau cuba untuk menjadi penghubung diantara dunia barat dan dunia Islam. Mempunyai hubungan yang baik dengan dunia Islam seperti Turki dan Indonesia dan dunia barat sperti UK dan USA.

Isu-isu tempatan turut disentuh seperti tertubuhnya Pakatan Rakyat atas aspirasi demokrasi dan penyatuan kaum di Malaysia.

Buat mereka yang ingin mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang kisah beliau boleh membaca buku ini. Pastinya Anwar bukan seorang sempurna tanpa kesilapan dan bukan semua orang hormat pada beliau. Tetapi melihat pada idea-idea beliau, beliau dan Prof Tariq Ramadan menyatakan perkara yang sama. Kerajaan negara Islam hari ini tidak menjadi kerajaan yang baik, isu rasuah yang berleluasa dan kurang adil dalam berurusan dengan pihak-pihak tertentu.

*Membaca buku Anwar sahaja seperti membaca sebuah pihak makanya berharap dapat peluang membaca buku Dr Mahathir suatu hari nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...