Thursday 7 April 2011

Siapakah Pelajar Terbaik Kebangsaan SPM 2010 ?

 Assalamualaikum,

Sudah 2 minggu keputusan SPM 2010 diumumkan.Saya ingin benar mengetahui siapakah pelajar bertuah yang mendapat Pelajar Terbaik Kebangsaan SPM 2010 tetapi kecewa kerana berdasarkan kepada cari saya,tidak terdapat secara spesifik nama pelajar yang mendapat gelaran Pelajar Terbaik Kebangsaan SPM 2010.

Lembaga Peperiksaan Malaysia lebih selesa menberi gelaran Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 kepada 41 orang pelajar cemerlang. Daripada 41 pelajar cemerlang yang diraikan hari ini, 30 memperoleh pencapaian tertinggi dengan gred A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki, manakala tujuh orang murid cemerlang mewakili pelajar istimewa dan empat orang murid cemerlang mewakili pelajar-pelajar aktif dalam sukan.



Muhamad Putera Farid Iskandar

Nama pelajar Muhamad Putera Farid Iskandar yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan merupakan penerima pertama Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.Berdasarkan pendapat saya,Muhamad Putera Farid Iskandar mungkin merupakan Pelajar Terbaik Kebangsaan SPM 2010 kerana Muhamad Putera merupakan penerima pertama dan hasil interviu Muhamad Putera bersama BERNAMA mendapat tempat di dada akhbar seperti BH dan Metro.




 

5 comments:

  1. Muhammad tu memang pandai dan rajin.masa exam xtidur rasanya sebab nak study.. rasanya memang pelajar terbaik kot?

    ReplyDelete
  2. Harapnya,terbaiklah dia smpai bile2..

    **slm perkenalan..jumpa kt innit td..

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Sebenarnya pelajar terbaik kebangsaan 2010 sepatutnya dianugerahkan kpd Nik Muhammad Farhan Hakim yang menjadi Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi peperiksaan SPM 2010 yang mendapat 11A+.

    Tapi sayang, kali ni memang tak dapat liputan media perdana seperti adik Nik Nur Madihah yang dapat 19A1, 1A2 dulu. Biasalah.. sekolah kerajaan negeri. Negeri Kelantan pulak tu. Itu dah memang sinonim dgn media massa utama yang menjadi
    tali barut BN..

    Berita lanjut :
    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31496%3Aspm-2010-maahad-muhammadi-l-lulus-100&catid=51%3Anegeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

    ReplyDelete
  4. Muhammad Putera Farid6 May 2011 at 21:34

    Saya pun sebenarnya kurang pasti siapa pelajar terbaik Malaysia yang sebenar kerana sebab yang telah anda katakan diatas. Tiada pengumuman nama secara apesifik sewaktu saya pergi menerima anugerah tersebut. Satu lagi, (maaf, saya terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris) if you intend to compare people's results purely based on the number of A+ they attained, then my friend Amirul Ikhwan Idlan should be better than Nik Muhammad Farhan because he got 12A+. We are ranked based on our average percentage, not how many A+ we attained.

    ReplyDelete
  5. Assalaamu'alaikum,

    Saya nak hubungi ayah kepada Muhammad iaitu Farid Iskandar Putera Ehsan. Alamat emel saya awibmh@streamyx.com. Harap dapat bantu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...