Thursday 14 April 2011

Fakta : Kereta Terpantas Pernah Dihasilkan Untuk Dipandu Di Jalan Raya

Sebelum ini saya ada menulis satu entri bertajuk Fakta : Kereta Terlaju Di Dunia. Pada kali ini pula,saya ingin berkongsi tentang kereta terpantas di dunia yang pernah dihasilkan dan mampu dipandu oleh orang ramai di jalan raya. Ia berbeza dengan entri saya sebelum ini kerana kereta yang dihasilkan khas dibuat untuk memecahkan rekod kelajuan sebuah kereta. Kereta terlaju ini merupakan hasil keluaran German.Kereta tersebut ialah Bugatti Veyron Super Sport.

Bugatti Veyron Super Sport

Bugatti Veyron Super Sport secara rasminya menjadi kereta terpantas di dunia apabila
mencapai kelajuan 431.072 km/h (268mph) mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh Ultimate Aero TT (412.28 km/h | 256.18mph). Kelajuan itu sangat laju dan jika dibandingkan dengan kelajuan motosikal MotoGP 250 bhp(2010) yang ditunggang oleh Valentino Rossi mempunyai perbezaan 100km/h manakala jika dibandingkan dengan Jenson Button's V10-powered Honda F1(2006) pula mempunyai perbezaan sebanyak 31 km/h.Kereta ini berharga £1.7 million dan hanya 30 buah sahaja dikeluarkan.

Ingin mengetahui lebih lanjut: Gizmag.com


Top Gear Test The Bugatti Veyron Super Sport (Video)


3 comments:

  1. peehhhh dngr nama saja pun dah tau kalau tak letak gmbr..huuuh

    http://faisalapardi.com/

    ReplyDelete
  2. aku dah tengok top gear time die buat review kete ni..bugatti trcbr sbb shelby aero ultimate kuar kn kete ley smpai 404km/h

    ReplyDelete
  3. Memang giler tapi kalu eksiden kaw2.. terus mati..huhu

    SentiasaPanas[dot]com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...