Wednesday, 20 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 Dan Perutusan Khas Daripada Hlovate

Kuala Lumpur International Book Fair 2011(KLIBF) atau Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 bakal diadakan pada hari jumaat,22 April 2011 sehingga hari ahad,1 Mei 2011.KLIBF kali ke-30 akan bermula seawal 10.00 pagi-9.00 malam bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC),Kuala Lumpur,Malaysia. Pesta Buku kali ini merupakan anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia(MBKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tema 'Buku:Dunia Tanpa Sempadan'

Kuala Lumpur International Book Fair 2011(KLIBF) Poster


Saya sebagai peminat kipas susah mati Hlovate ingin menkhabarkan kepada semua peminat Hlovate bahawa Hlovate ada menghantar perutusan Khas sempena KLIBF 2011.

Hlovatulis… Contengan Jalanan
Fend
Setiap kali pulang ke Malaysia untuk bercuti,memang confirm saya akan mengalami culture-shock. Setelah sekian lama duduk di rantau orang, pulang sesekali tu memang macam orang bertapa baru keluar dari gua masuk civilisation pun ada. Ikut pepatah, macam rusa masuk kampung. Eheh. Essence Contengan Jalanan [Fend] saya tulis dengan apa yang dirasai sepanjang Ramadan 2009 dan 2010. Perbandingan dua Ramadan di negara sendiri dan negara yang… bukan negara sendiri. Setelah dipekasamkan dari tahun 2005, akhirnya siap juga pada 2010. Alhamdulillah.


Menulis Contengan Jalanan [K²] sebenarnya merupakan pengalaman menulis yang memang langsung tak pernah saya rasai sebelum ini. Raw. Hanya perkataan sepatah tu yang boleh saya gunakan untuk menyimpul perasaan menulis bahagian K² ni. Bahagian dedikasinya pula saya tulis awal-awal lagi, kerana dalam beberapa baris itu ada ‘pam hidraulik’ yang membantu menggerakkan saya di waktu saya terbenam tak nampak matahari .
Seperti yang pernah saya tuliskan di blog ketika Contengan Jalanan ini masih namanya Creep~Street Symphony, contengan ini adalah memori ‘mereka-mereka’ itu, juga kenangan dan hantu masa lalu. Piece yang ni boleh dikatakan pertama kali saya menulis dengan contengan serta lintasan tanpa banyak tapisan. Saya sendiri tak pasti sama ada orang lain boleh terima. Harapnya ya =].
Moga bermanfaat insya-Allah.
May Allah bless.


Istimewanya untuk novel Contengan Jalanan?

(a) Jemari Seni beri diskaun 20% untuk Contengan Jalanan.

(b) Pada yang mendapat diskaun baucar 25% (untuk semua buku 2011 JSSB dan Si Manis 17)- kupon baucar itu JS hanya keluarkan 2000 keping sahaja, jadi siapa yang lambat putih matanya. Untuk itu temui Saudara Soleh Ismail dan konco-konconya di KL Sentral (di Stesen LRT, KTMB, Bas Rapid KL) pada 20 April mulai 10 pagi. Awas dapatkan yang original daripada petugas yang memakai lencana butang ‘SI MANIS 17’ pada hari Rabu itu. Sebabnya, JS ada tanda khusus untuk mengenal sebarang pemalsuan ahaks pada baucar.

(c) Seperkara lagi, Hlovate juga titipkan seribu penanda buku yang dia tulis dan tandatangan sendiri satu demi satu – tak tau la, jarinya jadi apa selepas itu (kerana Kak Nila tidak pula dimaklumkan).



Nota:Novel Contengan Jalanan ini dibuat secara edisi berkembar dan dijilid terbalik,ala-ala beli dua dalam satu harga.



perutusan diambil dari Jemariseni.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...