Edisi Fakta

 Fakta : Kereta Terlaju Di Dunia

Kereta terlaju di dunia ialah kereta Thrust SSC(SuperSonic Car) yang dibina oleh Richard Noble, Glynne Bowsher, Ron Ayers dan Jeremy Bliss.Thrust SSC memegang rekod sebagai "World Land Speed Fastest Record" yang dilakukan pada 15 oktober 1997 apabila Thrust SSC mencapai kelajuan 1,228 km/h (763 mph).Kereta tersebut dipandu oleh Royal Air Force fighter pilot Squadron Leader Andy Green.







Fakta : Kereta Terkecil Di Dunia

Kereta yang mendapat pengiktirafan oleh Guinness Book of World Records sebagai kereta terkecil di dunia ialah kereta Peel P50. Pell P50 mempunyai 134 cm panjang,99 cm lebar dan 120 cm tinggi. Peel P50 yang dihasilkan pada tahun 1962 dan 1965 merupakan sebuah kereta 3 tayar.Kereta yang sangat kecil jika dibandingkan dengan kereta 'mini' yang biasa dilihat di jalan raya dibina oleh Peel Engineering Company . Kereta Peel P50 sah untuk dipandu di United Kingdom sebagai kenderaan 3 tayar.

Peel P50



Fakta : Kereta Terpantas Pernah Dihasilkan Untuk Dipandu Di Jalan Raya

Pada kali ini,saya ingin berkongsi tentang kereta terpantas di dunia yang pernah dihasilkan dan mampu dipandu oleh orang ramai di jalan raya. Ia berbeza dengan entri saya sebelum ini kerana kereta yang dihasilkan khas dibuat untuk memecahkan rekod kelajuan sebuah kereta. Kereta terlaju ini merupakan hasil keluaran German.Kereta tersebut ialah Bugatti Veyron Super Sport.

Bugatti Veyron Super Sport

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...