Wednesday 4 February 2015

[Ulasan Buku Anwar Ibrahim Evolution of a Muslim Democrat]

Alhamdulillah. Bersyukur akhirnya dapat habiskan buku ni. Buku ini ditulis oleh Charles Allers. Charles Allers merupakan seorang pemegang PhD dan sekarang tinggal di USA.

Buku ini mengisah tentang perjalanan Anwar Ibrahim bermula dari zaman remaja, bergiat aktif sebagai aktivis mahasiswa dan Abim, menyertai politik, memegang jawatan-jawatan tinggi kerajaan dan UMNO hingga ke zaman kejatuhannya dan zaman sekarang sebagai ketua Pakatan Rakyat. 

Peristiwa-peristiwa penting yang berkait rapat dengan Anwar turut terakam seperti kejayaan beliau sewaktu memegang pelbagai potfolio dalam kerajaan BN dan kisah beliau ditahan dan dipenjara.
Selain itu, pengarang juga mendalami idea-idea yang diperjuangkan oleh Anwar dalam ucapan-ucapan beliau. Contoh idea yang diperjuangkan ialah tentang mengurang rasuah, kerajaan yang baik, keadilan dan pentingnya demokrasi. Buku ini mengambarkan bagaimana Anwar menjelajah ke seluruh dunia cuba untuk membawa idea-idea baik ni dan memaparkan beliau sebagai seorang demokrat muslim. Beliau cuba untuk menjadi penghubung diantara dunia barat dan dunia Islam. Mempunyai hubungan yang baik dengan dunia Islam seperti Turki dan Indonesia dan dunia barat sperti UK dan USA.

Isu-isu tempatan turut disentuh seperti tertubuhnya Pakatan Rakyat atas aspirasi demokrasi dan penyatuan kaum di Malaysia.

Buat mereka yang ingin mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang kisah beliau boleh membaca buku ini. Pastinya Anwar bukan seorang sempurna tanpa kesilapan dan bukan semua orang hormat pada beliau. Tetapi melihat pada idea-idea beliau, beliau dan Prof Tariq Ramadan menyatakan perkara yang sama. Kerajaan negara Islam hari ini tidak menjadi kerajaan yang baik, isu rasuah yang berleluasa dan kurang adil dalam berurusan dengan pihak-pihak tertentu.

*Membaca buku Anwar sahaja seperti membaca sebuah pihak makanya berharap dapat peluang membaca buku Dr Mahathir suatu hari nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...