Wednesday, 28 January 2015

[Ulasan Buku] Menalar Makna Diri, Kembara Menjejak Imam Birgivi

Menalar Makna Diri, Kembara Menjejak Imam Birgivi

Sebuah buku travelog tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang menceritakan tentang pelbagai peristiwa dalam mencari dan menjejak kembali tempat-tempat yang pernah diduduki oleh Imam Birgivi. Buku ini turut mencatatkan beberapa perkara tentang sejarah Daulah Uthmaniyyah.

Selain itu, Ustaz Hasrizal dalam buku ini membicarakan tentang beliau yang sudah tidak yakin dan berasa seperti bermain selama 18 tahun menjadi pakar motivasi dan selebriti dalam berdakwah. Beliau mahu kembali belajar dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang lebih signifikan kepada ummah yang akan datang yakni kembali menjadi seorang penuntut ilmu dengan mengkaji dan membetulkan fakta-fakta sejarah tentang Daulah Uthmaniyyah. Fakta sejarah yang betul ialah fakta yang diambil dari sumber asal. Kisah tentang potret Sultan Selim yang diragui ketulenannya dan catatan tentang institusi Harem yang menyeleweng dari realiti sebenar adalah antara perkara yang berpunca dari imaginasi pelukis atau pengarang yang bukan berdasarkan sumber yang berautoriti.






Ustaz turut memberi beberapa nasihat yang disampaikan oleh Imam Birgivi antaranya jangan berceramah dengan nada marah dan banyak lagi. Buku ini juga memaparkan Ukhuwah yang dibina bersama rakan-rakan dari pelbagai latar belakang dan warga Malaysia di Turki. Pengembaraan beliau di Turki dipenuhi dengan iktibar bukan sekadar penuh dengan gambar kenangan dan melihat keajaiban fizikal sahaja.

Akhir kalam, satu soalan untuk kalian,

Adakah apa yang terhidang di kaca tv, tazkirah dhuha dan sebagainya ialah apa yang yang masyarakat mahu tapi bukan apa yang mereka perlu?

Moga kita terus istiqomah mencari ilmu dan tidak hanya tunggu disuap sahaja. Teruskan membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...