Monday, 20 October 2008

Politik:PAS VS UMNO

Beberapa Perbezaan Antara UMNO vs PAS

CIRI-CIRI DALAM UMNO

• Perlembagaan ciptaan manusia yang diluluskan oleh MT dan dipinda untuk kepentingan dari masa kesemasa

• Matlamat untuk membangunkan Malaysia sebagai negara maju dengan ugama Islam menjadi ugama rasmi

• Sandaran hukum yang dijalankan dan diamalkan serta menjadi pegangan ialah Perlembagaan Malaysia

• Menjadikan tahun 2020 untuk mencapai wawasan menjadi negara 'paling' maju di dunia

• Menjadikan pembangunan dan keamanan sebagai agenda penting dalam mengekalkan kuasa

• Ahli-ahli terdiri dari orang Melayu dan penganut kristian

• Perjuangan ahli adalah perjuangan bangsa dan semangat kebangsaan

• Ahli-ahli bukan Islam digabungkan melalui MCA, MIC, Gerakan selaku parti komponen

• Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi PM mesti orang Melayu

• Menjadikan ugama Islam diperintah melalui Jabatan Ugama Islam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

• Keahlian semakin kecil dengan peningkatan yang kecil dalam peratusan pertumbuhan bangsa Melayu

• Kerajaan UMNO tulen - tiada

• Perdana Menteri berkuasa penuh dan memimpin Majlis Tertinggi

• Ahli-ahli dibawa masuk kebanyakannya kerana tarikan duniawi seperti mendapat projek atau tanah daripada Kerajaan

• Mengutamakan kroni dan amalan nepotisme dalam pengagihan kekayaan negara, contoh terlalu banyak

• Perjuangan kroni dan syarikat korprat diutamakan

• Pemimpinnya hidup mewah, berumah besar, kereta besar (bini besar??) contohnya Mahligai RM200 juta

• Pemimpinnya sering menyerang rakyat yang tidak setia kepada negara 'kununnya' dengan berbagai ancaman dan ugutan

• Mengumpul kekayaan dengan berlandaskan projek pembangunan rakyat tetapi 'curang' disebaliknya

• Harta negara adalah harta UMNO dan mendirikan bangunan UMNO diseluruh negara sebagai lambang perjuangan bangsa Melayu

• Pemimpin sering menaikkan kadar elaun mereka dengan pelbagai ganjaran dengan kenaikan yang melampau dan keterlaluan

• Ceramah politiknya penuh dengan ungkapan perpaduan dan pembangunan serta keselamatan negara

• Perjumpaan pemimpin dengan wakil-wakil rakyat di hotel mewah dan makan minumnya serba mahal dan eksklusif

• Memperalatkan kaum wanita dalam agenda pembangunan mereka dan seringkali mereka jadi fitnah




CIRI-CIRI DALAM PAS

• Perlembagaan disedut dari Quran dan Sunnah yang dikaji oleh JKT Perlembagaan dari masa ke semasa

• Matlamat untuk mendirikan kerajaan Islam yang bernaung di bawah perintah Al-Quran dan As-Sunnah

• Sandaran hukum yang dijalankan berpandukan hukum hudud sebagai mana tercatat dalam Al-Quran dan Sunah

• Sentiasa mahu mematuhi wawasan Al-Quran dan Sunah supaya pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan Islam pada segenap masa

• Menjadikan ketakwaan sebagai asas pembangunan dan pencapaian matlamat perpaduan dalam memelihara kuasa

• Ahli-ahli terdiri dari rakyat berugama Islam

• Perjuangan ahli adalah jihad dengan nilai yang tinggi di sisi Tuhan

• Ahli-ahli bukan Islam digabungkan melalui penyertaan ahli bersekutu (bakal diluluskan)

• Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi pemimpin mesti dari kalangan orang Islam yang taat kepada Allah dan RasulNya

• Menjadikan ugama Islam memerintah samada di peringkat negeri atau Persekutuan

• Keahlian semakin mengembang dengan kemasukan orang bukan Islam secara menganut Islam atau ahli bersekutu

• Kerajaan PAS tulen - Kelantan

• Perdana Menteri akan dipimpin dan dinasihati oleh Majlis Syura

• Rakyat yang insaf tentang kesedaran perlunya kepada perjuangan dan jihad mohon menjadi ahli

• Mengagihkan keperluan rakyat secara adil dan saksama sebagaimana diperlukan dengan keutamaan mengikut syariat, contohnya di Kelantan

• Perjuangan membela nasib rakyat sebagai agenda utama

• Pemimpinnya hidup sederhana memiliki kediaman ala kadar dan banyak berkorban untuk kepentingan rakyat

• Pemimpin mendampingi rakyat dan sering terharu akan kedhaifan yang menimpa nasib mereka

• Membela nasib rakyat dengan mengujudkan projek yang membangunkan mereka dengan tidak mengabaikan pembangunan rohani

• Harta negara adalah amanah dan pembangunan adalah untuk membuktikan kebesaran Allah dan menjunjung perintahNya

• Pemimpin memotong sebahagian gaji mereka dengan menyumbang ke Tabung Jihad untuk membantu yang memerlukan

• Ceramah politiknya penuh dengan kias ulamak, terjemahan hadis dan pembacaan ayat suci Al-Quran

• Perjumpaan dengan rakyat secara terus di mana sahaja

• Mengangkat martabat wanita sesuai dengan kehendak Islam sebagai wajib diberi perlindungan.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...