Sunday 1 January 2012

Islam Di Sambutan Tahun Baru

Suka, Senyum dan Tenang. Itu gambaran apabila melihat sambutan tahun baru 2012 Masihi yang penuh dengan pengisian islam. Sambutan Tahun Baru yang diadakan di Dataran Shah Alam oleh kerajaan negeri Selangor melalui GeMS(Generasi Idaman Selangor). Tahun Baru disambut bukan dengan bunga api tetapi alunan Asma ul Husna dan doa oleh Ustaz Azhar Idrus.

Doa dari Ustaz Azhar Idrus
Diberitakan lebih dari 70 ribu orang membanjri dataran shah alam dihidangkan dengan ilmu agama berserta lawak santai oleh zizan raja lawak dan penceramah yang diminati ramai Ustaz Azhar Idrus. Terdapat juga hadir ialah  Sham Kamikaze, Syahir AF8 dan Akhil Hayy. Walaupun tidak dapat merasainya sendiri tetapi melihat dan mengetahui adanya sambutan alternatif  berbanding sambutan ditempat lain yang penuh dengan hiburan tanpa hala dan penuh dengan maksiat. Moga kita dekat dengan Pencipta Kita Pada Tahun 2012 :)


Solat berjemaah beramai-ramai
Sesi yang dinanti-nantikan



Credit : suffer.frenzyfm.my

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...