Saya menulis entry ini kerana tertarik dengan satu entry dari http://ekspresiruang.blogspot.com/ yang bertajuk The High Line: Taman Hijau Ganti Laluan Keretapi Bertingkat Terbiar Di New York . Entry tersebut berkisar tentang bagaimana sebuah laluan keretaapi bertingkat di bahagian barat kota Manhattan telah mengalami transformasi apabila ditukar menjadi sebuah taman yang cantik.
Melihat kepada idea yang diaplikasikan di NY ini, saya merasakan alangkah baik sekiranya bangunan-bangunan yang tidak digunakan atau terbengkalai dapat di transformasikan menjadi taman juga. Bangunan-bangunan yang dibiarkan tanpa dapat disiapkan seperti, Plaza Rakyat yang terletak bersebelahan Pudu Sentral.
Permandangan di sekitar kawasan Pudu Sentral pasti akan lebih segar dan menarik selepas Plaza Rakyat dapat direalisasikan menjadi sebuah taman dalam bangunan. Mungkin selepas ini kita akan melihat warga kota pergi bersenam atau beriadah dengan menaiki hanya lrt untuk ke Plaza Rakyat yang menpunyai stesennya sendiri. Ianya pasti akan menjadi sebuah tempat yang unik dan menunjukkan betapa inovasinya Malaysia. Contoh rekaan taman dalam bangunan dari interior designer Lucie Sadakova.
AWESOME!