Saturday, 8 September 2012

Pembunuhan ke-100

Assalamualaikum, 

Saya akan menceritakan tentang satu kisah seorang pembunuh bersiri yang berlaku pada zaman dahulu kala. Pemuda ini merupakan seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang. Pada suatu hari,dia telah berasa bersalah atas kesalahannya membunuh begitu ramai orang lalu dia pun berjumpa dengan seorang ahli ibadat. Dia bertanya, mampunkah diriku ini diampunkan oleh Allah atas kesalahanku sekiranya aku bertaubat?. Ahli ibadat itu pun berkata, dirimu tidak akan dimaafkan. Pemuda tersebut tidak berpuashati atas jawapan ahli ibadat tersebut lalu melakukan pembunuhan ke-100. 

Selepas itu, Pemuda tersebut berjumpa pula dengan seorang pakar agama atau dipanggil ulama. Dia bertanya soalan yang sama tetapi mendapat jawapan yang berbeza dari ulama ini. Ulama itu berkata, pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat hambanya yang ingin benar-benar bertaubat. Ulama itu berkata lagi, untuk mencari keredhaan dan mengenal Allah anda perlu pergi jauh dari kawasan anda sekarang kerana kawasan yang anda duduki sekarang tidak bagus persekitarannya, berhijrahlah kamu ke tempat yang baru dan mulakan hidup anda yang baru. Lalu pemuda tersebut pun memulakan penghijrahannya ke tempat baru. 

Semasa dalam perjalanan hijrahnya, pemuda tersebut telah meninggal dunia. Malaikat bertanya kepada Allah sama ada pemuda ini masuk neraka atau syurga. Allah pun berkata, kamu bandingkan jarak antara tempat yang dituju dengan tempat pemuda itu mati dan tempat tinggal pemuda itu dengan tempat pemuda itu mati. Sekiranya dia dekat dengan tempat yang dituju maka syurga buatnya dan sekiranya dia dekat dengan tempat yang terdahulu dia penghuni neraka. Maka apabila dibandingkan jarak kedua-duanya, pemuda itu pun masuk syurga. 



Light of the sun


Pengajaran:- 
  •  Bertaubat dan cuba berubah ke arah kebaikan sementara nyawa masih dikandung badan 
  •  Taubat nasuha menghapuskan dosa-dosa terdahulu. Sesungguhnya pintu taubat Allah terbuka luas.
  •  Jangan sia-siakan kehidupan anda. Hadis Nabi: Tanamlah biji kurma walaupun esok kiamat.[Setiap saat itu berharga.]
  •  Persekitaran memainkan peranan penting. Cari dan pilihlah sahabat akrab anda. Moga sama-sama menuju ke jalan Allah. 

Cerita ini saya dapat dari usrah yang saya hadiri. Semoga dapat mengambil iktibar dari cerita ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...