Sunday, 6 January 2013

Dari Malaysia Ke China : Shenzen Hari 1

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat belaka. Haz nak bercerita tentang percutian Haz ke negara yang mempunyai penduduk teramai di dunia, China. Negara China merupakan negara untuk lebih dari 1.3 billion manusia yang kalau kita kira mewakili 19% penduduk di dunia. Seperti yang kita sedia maklum, rakyat China terbahagi kepada banyak kaum atau suku dan bercakap dengan dialek-dialek yang berlainan untuk setiap kaum, tetapi negara China secara amnya menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa percakapan kebanyakkan rakyatnya. Ok, cukup rasanya pengenalan serba ringkas tentang negara tembok besar China ini.

Alhamdulillah, pada 8 Disember yang lepas dapat juga merasa ke negara luar yang agak jauh dari Malaysia sekitar 4 jam perjalanan bas terbang. Perjalanan bermula awal pagi dari rumah dan sampai di LCCT dalam pukul 3. Sampai-sampai je baru dapat tahu yang flight tunda dari 5 pagi ke 7 pagi.  Jadi rehat dulu kejap ,check-in flight, dan solat subuh. Siap semua, bersedia ke China!

Flying Aeroplane
Beautiful Sky

Langit begitu indah pagi itu, SubhanAllah. Bertambah excited  jadinya dekat dalam kapal terbang. Pekena pulak nasi lemak Pak Naseer ( recommended breakfast) ada rasa, panas dan sedap. Dalam 11 Pagi, selamat tiba di Baiyun Airport, Guangzhou, China. Buat pengetahuan korang, waktu di Guangzhou dan Shenzhen sama dengan Malaysia (sama garisan dengan malaysia). Sampai dekat sana dah tengahari, jadi tidak la terasa sejuk walaupun kata sana suhu dalam 20°C.

Haz dengan keluarga pergi sana guna pakej dari Fayrooz Travel bersama rombongan dalam 24 orang. Jadi pergi pun sebab dapat tawaran bwh RM2000 yang mana memang susah nak dapat dah sekarang ni. Dari Baiyun Airport  naik bas ke Shenzhen makan masa dalam 2 jam. Pemandu pelancong yangk kami dapat orang  tempatan nama dia, Danie. Danie ni peramah, umur dalam 30 lebih dan boleh cakap melayu sikit-sikit, lawak gak dengar dia cakap bahasa melayu. 

Musim Dry Fruit Seller
Muslim Dry fruit Seller

Jam dah nak masuk pukul 3, perut pun dah lapar. Sampai-sampai, terus makan dulu di Shenzhen. Makanan dia memang sedap. Orang China suka makan sayur-sayuran, beberapa pinggan sayur saja. Lagi satu, kalau makan mesti minum dengan teh China tak adanya nak cari air suam ( mungkin tu petua dorang slim kot). Alhamdulillah, meja kami habis licin makanan, lapar tak lapar. Selesai sesi mengenyangkan diri,  check-in hotel. Menginap di Hotel Guangsheng International dekat dengan Louhu sekitar 10 minit berjalan kaki. Diberi masa satu jam untuk solat dan bersiap sebelum sambungan aktiviti pertama di Shenzen, Shopping!.  

Dongmen Pedestrian Street
Dongmen Pedestrian Street


Berehat seketika
Street Photography
Shenzhen berupakan bandar yang semakin membangunkan dengan bertambahnya bangunan-bangunan tinggi dan tempat membeli-belah. Shenzen pada masa dahulu hanya kawasan biasa tetapi mendapat tempias kepesatan Hongkong sekitar 30 tahun yang lepas. Kami dibawa ke Dongman Pedestrian Street, tempat beli belah popular buat penduduk di Shenzen. Ramai sangat orang macam ala-ala Jalan TAR masa cuti sekolah. Sepanjang laluan, kiri kanan bangunan kedai, bertingkat-tingkat gaya mall. Harga kat sana boleh tahan murah dan boleh tawar menawar kalau minat barang tu. Dari kasut, baju, cermin mata dan macam-macam lagi semua ada.

Habis dalam sejam setengah pusing-pusing Dongman (tak berapa nak puas, rasa sekejap sangat). Malam pun dah menjelma, masa untuk makan malam tapi restoran yang lain pula. Masakan kat restoran ni berlainan sedikit dan agak kurang serasi dengan gaya masakan dia. Dalam pukul 9 malam, balik hotel dan rehat kat bilik untuk hari esok. :)


Baiyun Airport

Shenzhen in night

Laser from one of the buidling in Shenzhen
Nasi Lemak

Lunch

Dinner



Me :)
Me :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...