Thursday 19 May 2011

ASiS Masuk Berita Harian (Pendidikan)

ASiS kutip dana RM110,000 Oleh Mohd Fakhrurrazi Ahmad Usuldin
upen@bharian.com.my
2011/05/19

 

Izzat Iskandar Thani


MAJLIS makan malam amal dan anugerah cemerlang Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Kuala Lumpur berjaya mengutip RM110,000.

Majlis dihadiri hampir 1,200 tetamu adalah bekas pelajar ASiS, ibu bapa, guru serta pelajar menjadi tradisi sekolah itu sejak dibuka pada 2003.
Penolong Kanan ASiS, Mohd Razmi Abdul Razak, berkata hasil kutipan itu digunakan bagi meningkatkan perkhidmatan dan kebajikan pelajar supaya mereka terus mencipta kejayaan.
“Anugerah kecemerlangan ini juga platform pelajar mencontohi usaha gigih enam pelajar yang memperoleh 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu sekali gus meletakkan ASiS di tangga keempat sekolah terbaik SPM kebangsaan tahun ini,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang ASiS, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Razmi yang memangku jawatan Timbalan Pengetua sejak Mac lalu berkata, ASiS turut mengekalkan tempat pertama sekolah cemerlang SPM enam tahun berturut-turut sejak 2005.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran, Ashaah Samah dan Yang Dipertua Persatuan (YDP) Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Leftenan Kolonel Mohd Suhaimi Sahri.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, turut hadir dan menyerahkan sumbangan RM16,000 kepada sekolah.
Pada majlis itu Syed Ali memperuntukkan RM10,000 untuk anugerah cemerlang SPM 2010, RM5,000 kelab guru ASiS dan RM1,000 kepada Panitia Sejarah ASiS.

1 comment:

  1. banyak nya duit dapat dikutip..bagila kat saya ye heheh..;p..tahniah sapa2 yang dapat anugerah tuh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...