Friday 9 December 2011

Amalan Baik Itu Suatu Misteri

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Diharap berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Pada hari jumaat penghulu segala hari ini ingin saya berkongsi suatu fakta tentang amalan yang kita lakukan seharian. Tahukah kita bahawasanya amalan-amalan baik yang kita laksanakan itu masih merupakan suatu misteri buat kita. Kita yang masih berada didunia ini tidak dapat mengetahui adakah amalan kita diterima? atau amalan kita ditolak oleh Allah?

Beribadah kepada Allah dan kerana Allah

Atas sebab itu pentingnya sifat istiqomah dan sikap ingin terus belajar dan memperbaiki setiap amalan seharian kita. Contohnya, perbuatan solat yang wajib ditunaikan 5 kali sehari semalam. Kita tidak tahu solat kita bagaimana kesudahannya di akhirat kelak. Oleh itu, pentingnya mempelajari cara solat dari segi perbuatan dan lafaz dan tips-tips untuk khusyuk dalam menyempurnakan solat serta menjiwai solat yang dilakukan itu. Amalan baik itu sememangnya suatu misteri oleh itu jadikanlah ia suatu inspirasi buat kita terus melaksanakannya dengan lebih baik dari hari ke hari dan berdoalah agar amalan kita diterima dan dirahmati oleh-Nya. Moga menjadi hamba Allah yang lebih baik :)



“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” 

                                              Mafhum Hadith Rasulullah SAW. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...