Sunday, 26 February 2012

Duduk Antara Dua Sujud

Salam,

ambilan dari FB.
TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain.:) Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)


"Small things can make a difference" Khusyuk dan Hayati solat anda :)

HazPhoto's photostream

Landscape PDLion look a like cloudPD SunsetPeople 1People 2Sunrise at home
I Heart IIUMFlower 1Flower 2Animal 1Light of the sunDurian 1
Durian 2Tiny DurianMALAYSIA SupporterUltras Malaya '12'Harimau MalayaUltras Malaya
Do Not Smoke PosterSUKAN ILMISPM Gift Contengan jalanan HlovateHlovate Special BookmarkNikon Lens Cap

Salam,

baru upload gambar-gambar terbaru.
Take a look :)

Friday, 24 February 2012

Harapan Agar Plaza Rakyat Di Transformasi

Assalamualaikum, semua..

Saya menulis entry ini kerana tertarik dengan satu entry dari http://ekspresiruang.blogspot.com/ yang bertajuk The High Line: Taman Hijau Ganti Laluan Keretapi Bertingkat Terbiar Di New York . Entry tersebut berkisar tentang bagaimana sebuah laluan keretaapi bertingkat di bahagian barat kota Manhattan telah mengalami transformasi apabila ditukar menjadi sebuah taman yang cantik.


Melihat kepada idea yang diaplikasikan di NY ini, saya merasakan alangkah baik sekiranya bangunan-bangunan yang tidak digunakan atau terbengkalai dapat  di transformasikan menjadi taman juga. Bangunan-bangunan yang dibiarkan tanpa dapat disiapkan seperti, Plaza Rakyat yang terletak bersebelahan Pudu Sentral.


Permandangan di sekitar kawasan Pudu Sentral pasti akan lebih segar dan menarik selepas Plaza Rakyat dapat direalisasikan menjadi sebuah taman dalam bangunan. Mungkin selepas ini kita akan melihat warga kota pergi bersenam atau beriadah dengan menaiki hanya lrt untuk ke Plaza Rakyat yang menpunyai stesennya sendiri. Ianya pasti akan menjadi sebuah tempat yang unik dan menunjukkan betapa inovasinya Malaysia. Contoh rekaan taman dalam bangunan dari interior designer Lucie Sadakova.

 AWESOME!

Friday, 10 February 2012

Support Syrian People

Assalamualaikum,

saya terima gambar ini di Facebook. Gambar ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua tentang kekejaman yang berlaku sekarang di Syria.Tahukah anda tentang apa yang berlaku disana? 
Berdasarkan beberapa berita, gambar dan video menunjukkan kesan akibat serangan dari Presiden Diktator Syria,Bashar al-Assad yang menggunakan kekerasan untuk menyerang bandar Homs. Bandar Homs telah digunakan oleh pihak penentang Bashar sebagai markas mereka untuk melawan Bashar yang enggan tunduk dengan desakan rakyat yang sudah tidak ingin hidup dalam kawalan diktator. Mari kita berdoa agar Syria dapat bebas dari kencaman kuku besi Bashar dan berdoa juga untuk keselamatan penduduk syria yang kebanyakkan orang awam yang banya dibunuh tanpa sebab oleh konco-konco serta pengikut setia presiden.

Untuk mengetahui lebih lanjut -->ikram.org.my
Buat sesiapa yang berkelapangan pada 10 haribulan februari (Jumaat), himpun aman bantah pembunuhan rakyat di Syria di Kedutaaan Syria di ibunegara.Link

Global Day Of Prayer For Syria

Share atau like, gunakan kuasa internet sebaik mungkin. For Syria!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...