KUALA LUMPUR – Masalah kesukaran penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggunakan perkhidmatan tren komuter khususnya pada waktu puncak dijangka diatasi mulai hujung minggu ini menerusi operasi set tren baharu yang berkemampuan membawa 1,118 penumpang pada satu-satu masa berbanding 400 orang pada masa ini.
Perkhidmatan tersebut sebahagian daripada program menambah baik operasi KTMB menerusi pembelian 38 set tren enam gerabak (SCS) setiap satu dari China dengan kos keseluruhan RM1.9 bilion.
Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd. Hider Yusoff berkata, sebanyak 16 set tren SCS telah tiba dengan empat unit dijadual beroperasi mulai hujung minggu ini di laluan Pelabuhan Klang, Seremban dan Rawang.
“Selepas 17 tahun komuter beroperasi dengan tiga gerabak bagi setiap perjalanan, kini kapasiti perkhidmatan ini bertambah dua kali ganda dengan memuatkan 1,118 penumpang dalam satu masa,” ujarnya kepada pemberita di sini semalam.
Akhirnya,masalah yg membelenggu penumpang-penumpang di laluan KTM bakal diselesaikan.tidak ada lagi masalah tidak selesa dan himpit menghimpit.