Thursday 20 December 2012

Ranking FIFA, Malaysia meningkat

Beberapa kemenangan Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2012 melonjakkan Malaysia 5 anak tangga dari kedudukan lepas. Malaysia yang menduduki tangga ke-163 naik menghuni tangga ke-158. Ia merupakan satu perkembangan positif selepas Harimau Malaya mengalami penurunan ranking dalam bulan-bulan yang terdahulu.

Malaysia menduduki tempat ke-2 peringkat kumpulan dengan 2 kemenangan mengalahkan Laos dan Indonesia walaupun kalah kepada Singapura pada perlawanan pertama. Malaysia mengharungi separuh akhir Piala AFF dengan seri 1-1 ditempat sendiri bertemu Thailand sebelum berkunjung ke Thailand yang berakhir dengan kekalahan 2-0.

MALAYSIA Supporter
Sokongan buat Malaysia

Bagaimanapun, Malaysia kekal ditangga keenam di peringkat negara-negara Asia Tenggara di belakang Vietnam (131), Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156). 




 Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121219/su_13/Malaysia-naik-lima-anak-tangga-ranking-FIFA#ixzz2FYvi9aBs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...