Wednesday, 8 June 2011

Perumpamaan Orang Yang Solat Dan Tak Solat

Assalamualaikum,

Perumpamaan Umat Islam Yang Solat Dan Tak Solat

Orang yang solat berjemaah itu seperti pepejal.Pepejal keras dan kuat.Dapat menghadapi segala rintangan,cabaran dan sentiasa teguh  tanpa berlaku sebarang perpecahan.Orang yang sembahyang berjemaah akan mempunyai ukhuwah yang tinggi dan semangat kekitaan dan saling bantu-membantu antara jemaah dan masyarakat.

Orang yang solat sendiri pula bagai cecair.Tidak kuat mahu pun keras.Berubah mengikut keadaan dan tidak tetap pendirian.Orang yang sembahyang sendiri-sendiri kurang semangat dan kurang bergaul dengan masyarakat sekitar.

Orang yang tidak menunaikan kewajipan solat pula seperti gas atau angin.Terbang mengikut arus dan tanpa tujuan.Kadang-kadang ada juga yang berbau dan tidak disukai orang.


Oleh yang demikian,buat la keputusan yang terbaik dan berubah la agar Allah memberi yang terbaik buat anda di dunia dan di akhirat.

http://ohislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...