Monday 28 November 2011

Ultras Malaya - Pemain ke-12 Malaysia

Ultras Malaya '12'
Ultras Malaya '12'

Semalam, saya berkesempatan turun menyaksikan perlawanan Malaysia VS Bahrian yang berkesudahan 2-3. Satu perlawanan yang menjanjikan satu kesudahan yang baik tetapi mungkin rezeki bukan menyebelahi Harimau Malaya apabila Bahrian menggunakan semua peluang yang diperolehi untuk menang di Stadium Bukit Jalil. Tujuan entry ini bukan hendak mengulas tentang kekalahan Malaysia tetapi tentang gelagat penyokong yang sentiasa setia menyokong Malaysia dari minit permulaan sehingga tamatnya perlawanan Ultras Malaya.

Ultras Malaya
Ultras Malaya Sentiasa Bersemangat

Ultras Malaya yang mula tubuh pada tahun 2007 dengan hanya beberapa orang sahaja terus maju dan berkembang seiring dengan kebangkitan Skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda dipentas Asia Tenggara dan Asia. Populariti Ultras Malaya semakin memuncak disebabkan 'attitude' yang padu oleh anggota-anggota Ultras Malaya yang menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri untuk memberi sokongan kepada pemain-pemain Malaysia. Ultras Malaya tampil dengan imej hitam kuning beserta banner besar dan mafla Malaysia. Tahniah buat Ultras Malaya pemain ke-12 Malaysia kerana tak putus-putus memberikan sokongan 100% kepada team Malaysia. Malaysia Boleh!




2 comments:

  1. semalam Hackers pun ada di stadium..kalau kenal, boleh jumpa..apa2 pon Harimau muda tetap dihatiku

    ReplyDelete
  2. suka tengok ultras ni. Gaya diorang best. Angkat mafela ramai2 tu nampak best =) <- masa perlawanan Msia vs Syiria bebaru ni, nampak kat berita tv.

    Harap Ultras dapat cipta yell yang dari jauh pun orang dapat tangkap. Cth: Goooooo, Malaysia! <- sangat suka yell ni.

    Kalau orang Korea, yell diorang masa piala Dunia 2002: "Oh Korea. Oh Korea. Oh Korea, Korea."

    jemput singgah ke blog saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...