Wednesday, 16 February 2011

Nur Kasih The Movie Trailer


Trailer Filem Nur Kasih
Sebuah Filem Kabir Bhatia
Di Pawagan 19 Mei 2011


Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.

Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

“Pengorbanan dan beban yang dipikul oleh Aidil sebenarnya belum berakhir dalam filem ini.

“Kepetahan anak-anaknya juga akan membuatkan penonton lebih mudah mengalirkan air mata,” kata Fizz sewaktu menjalani penggambaran filem itu di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Khamis.

Sementara itu, Remy menambah: “Cerita yang dipaparkan dalam filem ini mempunyai persamaan dan dekat dengan diri kita. Ianya penuh dengan kisah yang meruntun jiwa dan pernah dilalui oleh kita.”

Seperti yang dimaklumkan, para pelakon terpaksa merahsiakan jalan cerita filem itu agar ia lebih suspen. Yang pasti, filem ini akan menjadi lebih menarik hasil karya pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafa selaku penulis skrip.(Sumber: mStar)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...