Friday, 11 February 2011

Sayang Duit atau Sayang Pahala

Assalamualaikum,readers.

Hari ini saya nak menulis entry tentang masa depan kita nanti masa akhirat.
Semalam saya dengar kuliah maghrib dari seorang ustaz kat surau tmpt saya tinggal.
Tajuk kuliah tentang kesan kalau tidak bayar hutang atau tidak ada orang yang membayarkan hutang kita.
Ustaz kata,nabi pernah berkata yang kalau kita ada hutang orang dan kita tidak melangsaikan hutang terebut,kita akan ditahan di hari pembalasan nanti.
Maksudnya,contoh kalau kita dah nak smpi kat syurga dah ni,tetapi kita ditahan dari memasuki syurga.Salah satu sebab ialah kita tidak membayar hutang kita semasa didunia.Oleh itu,kita nak ke kalau kena tahan masa kat akhirat kelak.Lebih baik kita sayang pahala kita dari sayang duit yang tidak boleh dibawak mati pun.


Selepas kita ditahan,orang yang kita hutang akan mengambil pahala kita sebagai ganti hutang yang kita tak bayar atau sekiranya kita tidak ada pahala yang masih tinggal kita akan mendapat dosa dari orang yang kita hutang.
Oleh itu,
  • jauhkan diri anda dari berhutang dengan orang.
  • sekiranya sudah berhutang sila langsaikan dengan segera.
  • berniat didalam hati untuk membayar sekiranya tidak mampu.
  • Berbincang dengan orang yang kita hutang agar mengurangkan duit yang perlu dibayar atau berbaik hati menghapuskan terus hutang kita..

Kesimpulannya,kita perlulah mengelakkan diri dari berhutang kerana berhutang boleh memakan diri kita sendiri.
Sayang Duit atau Sayang Pahala.Anda pilih...
Sekian, :)
Terima kasih kerana membaca..
Assalamualaikum.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...