Saturday 11 June 2011

3 Penerima Utama Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2011

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bersama Arman,Arjunan dan Tan.


3 Penerima Utama Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2011 ialah Arman Shukri Hamidon, Arjunan a/l Selvamani dan Tan Heang-Lee.

Arman, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur itu bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di Amerika Syarikat, manakala Arjun pula berminat mendalami ilmu perubatan.

Heang-Lee yang menduduki Program Ijazah Asas Amerika di Taylor’s College pula berminat melanjutkan pengajian dalam bidang nutrisi dan dietetics.

Ketiga-tiga mereka mendapat 10 A+ dalam SPM 2010. Anugerah yang diberikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2010 itu memberi kebebasan kepada penerima meneruskan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing di mana-mana universiti utama dunia.

Bank Negara tidak mengenakan sebarang syarat kepada penerima dan mereka hanya dikehendaki pulang semula ke Malaysia dan berkhidmat dengan negara.

Gambar dari Fb

Tahniah kepada Arman Shukri kerana mengharumkan ASiS

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...