Sunday 4 January 2009

Liga Malaysia 2009 Bermula





Liga Malaysia kini akan bermula pada Januari dan berakhir pada Oktober, bagi membolehkan perancangan skuad kebangsaan menghadapi Pestabola Merdeka dan juga Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tidak terganggu.

“Keputusan memulakan saingan Liga M pada Januari diambil dengan harapan meningkatkan kualiti liga dan juga memastikan tahap domestik yang konsisten pada musim depan.

“Liga musim depan akan berakhir pada Oktober dan ia memberikan masa yang cukup untuk skuad bawah 23 tahun (B-23) melakukan persiapan sebelum ke Sukan Sea 2009 di Laos selain daripada pembabitan skuad kebangsaan di Pestabola Merdeka dan Piala AFF tahun ini,” kata Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin.

Saingan Liga Malaysia atau Liga M musim depan juga akan membabitkan 14 pasukan dalam Liga Super termasuk dua kelab yang layak daripada Liga Perdana musim ini- KL Plus dan Kuala Muda Naza manakala 14 lagi pasukan beraksi dalam Liga Perdana termasuk dua pendatang baru, T Team dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Perlawanan Liga Super pada musim depan akan dilangsungkan setiap Rabu dan Ahad manakala saingan Liga Perdana akan diadakan setiap Isnin dan Sabtu setiap minggu.

“Kami sedar sukar untuk saingan Liga bersaing dengan program-program realiti televisyen dan juga Liga Perdana Inggeris, oleh itu penyusunan semula jadual Liga M ini diharap dapat menarik kembali peminat bola sepak tempatan,” kata Khairy.

Pada musim depan, setiap pasukan diwajibkan menurunkan kuota seorang pemain bawah 20 tahun bagi terus menggalakkan pendedahan pemain muda. Sebelum ini, setiap pasukan diwajibkan menurunkan seorang pemain bawah 21 tahun.

Sementara itu, skuad Harimau Muda akan dikekalkan dalam saingan Liga Perdana musim depan bagi membolehkan barisan bawah 19 tahun itu meneruskan fungsinya sebagai skuad sokongan kepada skuad bawah B-23 dan senior.

Semalam telah berlangsung perlawanan pertama Liga Super yang berkeputusan:-

Selangor 4-1 Kedah(Piala Sumbangsih)
Polis 0-3 MyTeam
Terengganu 2-3 Perlis
Pahang 2-3 Johor FC
P Pinag 0-3 N Sembilan
Perak 2-0 Kuala Muda
Kelantan vs KL Plus di tunda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...