KUALA TERENGGANU: Hanya tiga calon mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ditutup 10 pagi tadi.
Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh; calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut; dan calon Bebas, Asarudin Mamat. Pertembungan tiga penjuru bakal berlaku.
Calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abd Rahman Mohamad, mengumumkan penarikan diri sejurus tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.20 pagi tadi.