Sunday, 27 March 2011

Video Gol Malaysia 1-1Etoile FC

Malaysia seri satu sama dengan Etoile FC bertempat di Stadium Jalan Besar,Singapura - 26 Mac 2011.Gol Malaysia disumbang oleh Ahmad Fakri Saarani dan gol Etoile FC oleh Hicham Bouchemial





SINGAPURA – Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengikat kelab dari Perancis yang merupakan juara Liga Singapura musim lalu, Etoile FC 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi.

Skuad Harimau Malaya mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan cantik Ahmad Fakri Saarani hasil lambungan Asraruddin Putra Omar dari sebelah kiri untuk mengejutkan penjaga gol Etoile, Antonin Trilles.

Etoile turut memiliki dua peluang terbaik pada babak pertama tetapi kedua-dua tandukan penyerangnya, Jonathan Toto pada minit ke-18 dan 39 sekadar menggegar palang gol Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Bermula babak kedua, Rajagobal membuat empat pertukaran dengan memasukkan Sharbinee Allawee Ramli, Fadhli Shas, Azidan Sarudin dan Ashari Samsudin menggantikan Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Amar Rohidan dan S. Kunanlan.

Namun Etoile pula yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 hasil rembatan kencang pemain tengah, Hicham Bouchemlal dari luar kotak penalti setelah memperdaya kapten Malaysia, Safiq Rahim.

Malaysia selepas itu memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan Ashari (minit 72 dan 81) dan Norshahrul Idlan Talaha (88) berjaya diselamatkan Trilles tatkala Sharbinee di gawang Malaysia turut cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya Etoile.

Menurut jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, dia mengambil risiko dengan membuat 10 pertukaran pemain sepanjang babak kedua bagi memberi peluang kepada ramai pemain mendapat pengalaman beraksi.

“Secara keseluruhan, saya puji komitmen tinggi para pemain yang bertahan dengan baik pada 10 minit terakhir dan kita turut hampir mendapat gol menerusi serangan balas,” kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! Ahad selepas perlawanan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Safee Sali yang tidak dipanggil Rajagobal kali ini berjaya meledak dua gol untuk kelabnya, Pelita Jaya menewaskan Bontang FC 2-1 pada aksi Liga Super Indonesia di tempat lawan petang semalam.-KOSMO


Pelita Jaya 2-1 Bontang FC

Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke-59 melalui tendangan apabila mendapat umpanan dari Ruben Sanadi.Gol kedua pula tercipta hasil rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-72.Bontang FC merapatkan jurang apabila dihadiahkan sepakan penalti yang dijaringkan oleh Kenji Adachihara.

1 comment:

  1. terbaek gler...tapi tuh ar syg..if tak.leyh menang dah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...