Thursday 10 March 2011

Post yang ke-200!


Alhamdulillah,bersyukur pada Allah.

From Friday 17 October 2008 until now thursday 10 March 2011,sudah lebih 2 tahun 4 bulan dah blog ni wujud.Mula dari pertengahan tingkatan 3 yang pada dasarnya hanya suka-suka buat blog ni sampai sekarang lebih serius menulis blog kerana kebosanan menganggur sambil menunggu keputusan SPM yang bakal mendatang.

Mula-mula aku berblogging lepas habis PMR sebab banyak masa terluang.Masa tu blogging saja-saja je,hanya untuk berkongsi apa-apa pun.Lepas tu,masuk tingkatan 4 dapat masuk SBP yang bermaksud aku duduk asrama.Bila dah duduk asrama,blog ni pun berhapuk la selama lebih kurang 2 tahun.Habis SPM,aku pun terfikir nak aktif balik blogging.

Bagi aku Blog Aku Dan Dunia ni dah melalui perubahan yang ketara lepas aku terfikir nak aktif semula.Masa tu la aku dapat tahu tentang maksud ping,ping site seperti gengblogger, nuffnang(boleh wat duit),SEO(walaupun tak pandai),blogwalking,apesal.com,shoutbox dan komuniti blogger kat facebook yang telah menyebabkan blog aku mempunyai widget yang banyak disidebar.

Walaubagaimanapun,pada pendapat aku blog aku ni bergerak ke arah yang positif. Alhamdulillah.Blog Aku Dan Dunia yang tidak seberapa ni sudah mencapai post yang ke 200.Oleh itu,aku nak buat list Blog Aku Dan Dunia TOP 5 POST bersempena post yang ke 200 ni.

BLOG AKU DAN DUNIA TOP 5 POST


1)Mokhtar Dahari-Lagenda Malaysia

2)Selamat Hari Raya Aidiladha

3)Sekolah Menengah Sains Alam Shah

4)Cantik Dapur

5)Dajjal-The King of the World Conspiracy





Selain itu,Blog Aku Dan Dunia turut mendapat follower yang ke 150.Tahniah kepada miss zymah


Penutupnya,aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua follower,visitor dan kawan-kawan yang telah banyak memberi semangat agar aku dapat terus blogging.Aku juga ingin meminta maaf sekiranya terdapat silap dan salah yang telah menguris hati sesiapa,harap dimaafkan.




Akhir kata,Yang Terbaik Untuk Blog Aku Dan Dunia!
-Haz

3 comments:

  1. yap.. blog x cam dl dah.. cam dl susah skit nk promo blog sbb xde komuniti2 blogger x cam skang ni yg dah timbul cam cendawan..

    ReplyDelete
  2. berhati-hati semasa berblog...
    huhu...

    ReplyDelete
  3. tahniah... dah cecah 200..
    byk tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...