Wednesday 23 March 2011

Keputusan SM Sains Alam Shah Dan Analisis SPM 2010

ASiSKL-01-Landmark
SM Sains Alam Shah,ASiS mendapat keputusan SPM 2010 yang cemerlang apabila masih mengekalkan kedudukan no 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Kedudukan sekolah-sekolah seluruh Malaysia masih belum diumumkan.

Seramai 6 orang pelajar ASiS batch Patriots yang merupakan batch ke-7 Sains Alam Shah mendapat 10A+ manakala 90+ orang pelajar mendapat 10A.Gred Purata Nasional (GPN)Asis pula ialan 1.312.


congrats to all OASIS0910..!
Alhamdulillah.

Update:ASiS mendapat no 6 dalam ranking SBP!



Turut dilampirkan ialah Analisis SPM 2010 Malaysia

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini Rabu.
Beliau berkata seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

"Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun," katanya.

Katanya bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula katanya, menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.
Abd Ghafar berkata pencapaian calon sekolah swasta dan calon sekolah tajaan agensi selain kementerian, seramai 40 calon berjaya memperoleh gred cemerlang semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada 2009.

Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Mengenai pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, 39 lagi stabil dan sembilan menurun.

Bagi gred kepujian (B+,B,C+,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus.

Abd Ghafar berkata bagi kategori gagal (G) enam mata pelajaran menunjukkan penurunan, 93 stabil dan empat meningkat.

Mengenai pencapaian sekolah pula, sebahagian besar sekolah dirumuskan berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan, hanya sebilangan kecil iaitu 66 sekolah memperoleh pencapaian berpotensi.

Beliau berkata pencapaian calon mengikut lokasi turut meningkat dan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sebanyak 0.18 Gred Purata Nasional (GPN).

"Pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains adalah lebih baik daripada pencapaian di bandar sementara jurang prestasi dalam Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral masih perlu dipertingkatkan," katanya.

-- BERNAMA


Nota:SM Sains Alam Shah masuk tv1..Wah,dah popular.Style la.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...